Advertorial
Home » hubungan intim » Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

herpes simplex virus 1 labialis

 

Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.

 

Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.

 

Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.

 

Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih

 

Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.

 

Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.

 

Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat meningkatkan daya tahan tubuh. Daya tahan yang kuat akan menghalang jangkitan ini.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!