Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Jangkitan Hepatitis B ketika hamil

Jangkitan Hepatitis B ketika hamil

JANGKITAN  HEPATITIS  B  KETIKA  HAMIL

 

klinik 2

 

“Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis B. Ramai pesakit pulih setelah diberikan rawatan dan tubuh pesakit membentuk antibodi bagi untuk melawan jangkitan virus hepatitis B.

 

Tidak semua virus Hepatitis B yang dapat dibunuh dan sebahagiannya akan tinggal dalam organ hati dan menjadi tidak aktif.

 

Virus dan antibodi ini dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. Pesakit ini akan menjadi  pembawa virus Hepatitis B.

 

Selalunya setelah 10-15 tahun, pesakit Hepatits B akan mengalami komplikasi kerosakan atau kanser organ hati.

 

Pembawa virus Hepatitis B boleh menjangkiti orang lain melalui hubungan kelamin, kerana virus ini didapati dalam air mani dan cecair dari faraj. Selain itu penyakit ini disebarkan dari pemindahan darah sebagai penerima.

 

Penggunaan jarum suntikan yang telah digunakan,  penggunaan pisau cukur, dan  tattoo juga boleh menyebabkan penyebaran penyakit ini.

 

Seorang ibu yang hamil juga boleh menjangkiti bayinya yang berada dalam rahem atau ketika proses kelahiran.

 

Oleh itu ujian saringan penyakit Hepatitis B untuk ibu-ibu yang hamil dilakukan secara rutin. Jika ibu disahkan positif,  bayi itu akan diberikan rawatan immunoglobulin.

 

Terlalu sukar untuk saya memberikan jawaban punca jangkitan Hepatitis yang puan alami.

 

Bagi mereka yang belum dijangkiti dengan penyakit Hepatitis B, suntikan vaksin adalah cara yang terbaik mengelakkan jangkitan ini.

 

Bagi mereka yang telah dijangkiti dengan penyakit ini, badan akan membentuk antibody ketahanan terhadap virus Hepatitis B ini.

 

Kebanyakan pesakit akan akan sembuh dengan sendiri. Namun ada beberapa pesakit yang daya tahannya tidak kuat, akan menjadi pembawa.

 

Puan boleh mencuba menjalani rawatan tradisional, setelah berbincang dengan doctor yang merawat puan. Lakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan kesihatan puan dalam keadaan baik.

 

Suplemen Ekstrak Kacip Fatimah  adalah suplemen yang baik untuk wanita yang baru melahirkan anak.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: