Jangkitan Fungal di Mulut Bayi

Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri yang mengadu anak mereka mengalami keputihan di dalam mulut. Bayi yang berumur 3 bulan itu menangis ketika saya memeriksanya.

Mulut dan bibirnya agak kering. Bila dia menjerit, saya mengambil kesempatan untuk melihat keadaan di dalam mulutnya.

Keputihan itu seakan-akan kepingan ’susu basi’ melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Bahagian mulutnya telah menjadi kering dan kemerah-merahan. Sungguh menyedihkan.

Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi?

Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri.

Saya juga suka menasihatkan para ibu yang menyusukan anak  agar berhati-hati dengan penggunaan antibiotik atau ubatan herba yang dipindahkan melalui susu ibu. Bayi yang breastfeeding mudah dilanda jangkitan ini jika ibunya mengamalkan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau memakan herba (atau jamu) untuk melangsingkan badan.

Oleh kerana keputihan yang disebabkan oleh jangkitan fungal ini serupa dengan saki-baki susu, jadi bagaimana mahu membezakan?

Saki baki susu hanya menyebabkan keputihan di bahagian atas lidah saja. Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut, iaitu lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam (buccal mucosa).

Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan (radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu (sama ada botol atau breastfeeding).

Ibubapa juga boleh mencuba teknik ini. Masukkan jari yang dibalut dengan saputangan yang basah. Cuba sentuh dan alihkan keputihan itu. Jangkitan fungal thrush, susah ditanggalkan. Jika ia tanggal, kemungkinan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.

Jika keputihan itu boleh ditanggalkan tidak perlulah berjumpa doktor. Berikan saja banyak air masak kepada bayi, insya Allah akan hilang perlahan-lahan.

Jika kita mengesyaki bayi kita mengalami jangkitan fungal, maka berjumpalah doktor. Selalunya doktor akan memberikan ubat anti fungal yang harus dititikkan ke dalam mulut bayi. Bagi bayi yang breastfeeding, ubat itu boleh disapukan ke puting ibu sebelum menyusukan bayi.

Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan jangkitan fungal ini?

Jangkitan fungal ada kalanya memeningkan kepala kerana banyak sebab jangkitan ini boleh berlaku. Ada bayi yang mudah mengalaminya berbanding dengan bayi yang lain.

Dibawah ini ada beberapa tips yang mudah diamalkan untuk mengelakkan jangkitan fungal ini.

Antaranya ialah :

  1. Memberikan air masak selepas menyusukan bayi. Ini akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. Saki-baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.
  2. Jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. Puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal.
  3. Bersihkan puting botol menggunakan air yang mendidih sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  4. Jika puting di payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik kecuali atas nasihat doktor. Bayi anda mungkin akan menyusu pada sebelah yang disapukan antibiotik tanpa disengajakan.
  5. Jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan kepada bayi anda adalah atas nasihat doktor. Penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.
  6. Jika anda sendiri sakit dan memberikan susu secara breastfeeding, pastikan anda telah memberitahu doktor. Ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.
  7. Jika tidak pasti sama ada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya mengalami keputihan disebabkan oleh saki-baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doctor. Jangan membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah ‘pembantu kedai’ yang tiada pengetahuan perubatan.

Adakah thrush merbahaya jika tidak dirawat?

Jangkitan fungal thrush tidaklah sampai menyebabkan kematian. Cuma masalahnya ialah apabila jangkitan ini menyebabkan kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu. Ini akan menyebabkan dehidrasi pada bayi.

Bayi juga boleh mengalami demam akibat dehidrasi. Doktor selalunya akan memberikan bayi ubat paracetamol untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam, selain daripada ubat antifungal.

Jika bayi mengalami demam yang semakin tinggi melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C, dan keputihan itu tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu disebabkan oleh jangkitan kuman yang berbeza. Bukan lagi jangkitan fungal.

Jika bayi mengalami jangkitan fungal tentulah memenatkan ibubapa yang menjaganya. Kita merasa kesian melihat bayi yang menangis dan tidak boleh menyusu, tetapi janganlah putus asa memberikan rawatan. Semoga Allah memberikan kesabaran atas kesabaran kita.

Wallahu a’lam.

Susunan : Dr Zubaidi bin Ahmad (090211)

13 comments

  1. Assalamualaikum Dr., saya telah melahirkan bayi pramatang pada 26 dec 2010. Semasa kelahiran bayi saya berusia 29 minggu. Sehingga kini berbagai-bagai komplikasi yg telah dilalui anak saya iaitu pendarahan otak stage 2, bengkak otak, jangkitan kuman pada darah, paru tidak matang, salur darah ke jantung terbuka dan kencing berdarah. Alhamdulillah semuanya telah dilalui walaupun anak saya sudah tenat semasa terkena jangkitan kuman. Kini anak saya didiognosis mempunyai air dalam otak (hydrocephalus). Boleh saya dptkan pandangan doktor? Sebelum ini anak saya telah dilakukan ultrasound dan hasilnya doktor pakar otak menyatakan perlu dinilai semula keadaannya kerana anak saya masih terlalu kecil (1115gm) dan usia masih dalam tempoh tidak cukup bulan. Antara penerangannya memandangkan anak saya pramatang, organ dalamannya masih dalam pembentukan dan air dalam otaknya kemungkinan terjadi memandangkan otaknya masih dlm proses pembentukan. Sebagai ibu yg menanti kehadiran anak saya ini selama 2 tahun, saya amat bersedih. Namun hanya doa dan tawakkal sahaja yg dapat saya lakukan. Mohon Doktor dan pembaca sekalian mendoakan supaya anak saya, Sakinah Nasuha bt. Shahrizal sembuh hendaknya. Terima kasih atas kesudian membaca soalan saya.

    • Wa alaikum mus salam…saya amat bersimpati atas ujian yang Allah berikan.Nasihat seorang prof saya(yang Muslim semasa saya belajar) ialah ada kalanya penyakit yang dihadapi perlukan keajaiban yang datang dari Allah. Antara tipsnya ialah banyakkan sedekah dan berdoa.. Insya Allah Allah akan bantu..

  2. Assalamualaikum Dr..

    Saya telah melahirkan bayi ke-2 saya pada 17/04/11 baru-baru ini.Pada hari ke lima beliau telah dimasukkan ke wad kerana demam kuning dengan bacaan 311.Keesokannya beliau debenarkan pulang dan melalui pemeriksaan harian di klinik kesihatan berdekatan.Pada 3/5/11, bacaan TSBnya ialah 164.15 dan dibenarkan discharge.Namun saya perasan bahawa mata dan mukanya masih lagi kuning sehingga 7/05/11.Namun bayi saya minum dengan baik, menyusu badan sepenuhnya, BO dan PU dengan baik serta aktif.Doktor mengatakan bahawa bayi saya mungkin menghadapi ‘breastmilk jaundice’.Bolehkan saya mengambil herba tradisional dengan masalah ini ?

  3. salam..doc, jangkitan fungal ni hanya terjadi kt bby je ke? sbbnye sy pn baru2 ni ada wrna putih tu kt bhgn pipi dalam mulut..cm mane tu ye? sakit nk menelan..smpai dmm2..

  4. anak saya berusia 7 bulan mengalami gugur rambut dan kegatalan di kepala apakah sebabnya,adakah ia jangkitan fungal di kepala.adakah membahaya pada bayi saya

  5. salam doc..anak sya berusia 1 thn 7 bln (12kg), 2 hari semalam sya dapati anak sya demam apabila diperiksa didapati anak sya demam ktn jangkitan kuman serta terdapat tompok2 putih sebesar kepala mancis di lelangit dan bibir ttpi tdk terlalu banyak..dan doktor telah membekalkan sya dgn ubat syr paracetamol 120mg (7ml), syr cephalexin 125mg (3ml) syr multivitamin (2.5ml) dan oral aid, but my child temp is still not down, it is worrying to me, can please provide views from you doc tq

  6. salam. doctor, sy rasa anak sy kene jangkitan fungal ni. sbb last 2 days sy tgk ade 1 tompok putih je, tp pagi td saya tgk da merebak ke serata lidah… ade yg kata, beli Daktarin oral gel di farmasi n sapukan pada nipple ibu atau lidah baby… boleh ke doctor?

  7. salam.. anak saya berusia 1 thun 3 bln. saya nakkan kepastian adakah jangkitan fungal ni menyebabkan pernafasan berbau..

  8. hi… slmt ptg…
    anak sy berusia 7bulan, 1hari bila anak sy selesai myusu sy dapati tdapat tompok putih kekuningn pd lidah anak sy… apabila dlap dgn saputgn basah plahan2 tompok tsebut tanggal tp meninggalkan sedikit pendarahn. adaka tanda2 ini yang dinamakan TRUSH? namun bgtu, anak sy tdk menangis sewaktu myusu/brestfeeding… tp keadaan bibir anak sy ada sdikit kering… plu ka sy myapu antibiotik pd pmukaan lidah anak sy?

  9. anak saya penah kena last 3 weeks … dah bw jumpa paed kat hosp. swasta bg nystatin suspension after 1 week tak de perubahan bw ke Paed Wong kajang alhamdulillah ok ubat sapu + titik

    utk thrust ni 2 kali la dpt treatment …suara my baby sampai serak … before dpt treatment mmg dah google pasal thrust aka kulat susu ni … soo mmg dah ade la info sikit ….

  10. Johan Sallehuddin

    Salam Dr.,adakah disebabkan milk thrush ,gusi bayi boleh bengkak?saya dah bawa anak pergi hosptl dan disahkan anak saya dijangkiti milk thrush,tapi saya rasa agak hairan ,banyak forum kesihatan mengenai milk thrush tak dikatakan gusi membengkak,adakah bengkak tersebut datangnya dari sakit tersebut?

  11. Salam doc,berkenaan bg minum air masak lepas menyusu tp bagi baby 6 bulan ke bawah nurse x bagi minum air masak macam mane?

    • Salam doc,berkenaan bg minum air masak lepas menyusu tp bagi baby 6 bulan ke bawah nurse x bagi minum air masak macam mane?

      Dr Zubaidi: Boleh diberikan 2-3 ml air masak setelah menyusu. Tiada mudarat.

Leave a Reply to Johan SallehuddinCancel reply

error: Content is protected !!