Jangkitan Bacterial di Kemaluan Ketika Hamil

 

Baru-baru ini saya menulis tentang jangkitan fungal di kemaluan ketika hamil. Ramai pula yang bertanya mengapa pula kegatalan mereka tidak berkurang walaupun telah mencuba ubat suppository dan krim dari farmasi.

Saya tidak pernah menggalakkan mana-mana rakan FB yang membaca penulisan saya dan kemudiannya membeli ubat dari farmasi. Ia adaah kesalahan besar. Saya tidak membuat consultation online sebegitu.

Saya hanya memberi panduan dan penerangan mengenai sesuatu penyakit agar pembaca dapat menggunakannya ketika berbincang dengan doktor.

Saya pernah pergi ke farmasi kerana mahu membeli peralatan medic untuk kegunaan bapa saya dan mendapati ubat antibiotik dijual seperti menjual gula-gula. Ada juga yang datang semula akibat alahan ubat, mujur tidak mengalami alahan ubat yang teruk seperti Steven Johnson Syndrome.

Saya bukan menghalang sesiapa saja untuk ke farmasi membeli ubat, tetapi berjumpalah dengan ahli farmasi, bukannya ’pembantu kedai’ yang berada di kaunter kerana mereka tiada asas dalam ilmu perubatan.

”Doktor saya pernah mencuba ubat yang telah dicadangkan oleh kedai farmasi untuk keputihan yang keluar dari faraj saya. Tidak lama selepas itu saya demam, dan saya terpaksa melahirkan anak saya secara pembedahan Cesarean kerana menurut doktor, anak saya sedang kelemasan akibat dijangkiti kuman bakteria”

Itu adalah luahan pengalaman seorang rakan FB apabila penulisan saya mengenai jangkitan fungal ketika hamil disiarkan.

Keputihan di faraj, terutama bagi wanita hamil tidak semestinya jangkitan fungal. Jangkitan kuman bakteria yang dinamakan sebagai Bacterial Vaginosis (BV) ketika hamil akan memberikan masalah ketika bayi sedang dalam kandungan lagi.

”Apa maksud doktor pada bayi yang dikandung dalam rahem?”

Antara masalah yang boleh dihadapi ialah kelahiran pramatang, malah jangkitan kuman pada air tuban, uri dan bayi. Namun begitu jika jangkitan kuman disebabkan oleh kuman bacteria streptococcus, ia lebih merbahaya. Jangkitan seperti ini dinamakan streptococcal vaginitis.

Streptococcal vaginitis menyebabkan bayi boleh meninggal dunia ketika dalam rahem atau beberapa hari selepas dilahirkan kerana kuman itu akan kerana menyerang otak, paru-paru dan hati bayi.

“Jadi bagaimana nak bezakan sama ada jangkitan kuman atau fungal?”

Bacterial Vaginosis selalunya menyebabkan keputihan keluar dari faraj. Ia berbeza dari jangkitan fungal kerana bantuknya bukan seperti ketulan susu basi. Ia ibarat lendiran nanah yang keluar dari faraj dan tidak berbau. Ia juga tidak menyebabkan kesakitan pada kemaluan.

Jika masalah ini berlaku (terutama jika ada lendiran kuning atau keputihan berserta dengan demam), pergilah berjumpa doktor kerana antibiotic yang sesuai akan dapat membunuh kuman bacteria itu. Sebelum itu doktor akan melakukan ujian darah dan air kencing. Lendiran faraj juga diambil untuk menentukan jenis kuman bacteria.

Jadi berhati-hati ketika mendengar nasihat kawan. Keputihan dari faraj bolehjadi jangkitan fungal yang menyebabkan kegatalan atau jangkitan kuman bakteria yang menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Berjumpalah doktor yang berpengalaman.

Menggunakan krim yang disapukan ke dalam faraj mungkin menyebabkan jangkitan kuman bertambah teruk. Begitu juga jika melakukan douching yang pada logiknya, membersihkan faraj dari kuman, tetapi hakikatnya kuman makin membiak.

“Takut saya mendengarnya doktor. Mungkin kehamilan saya dulu dijangkiti kuman yang sama, kerana anak saya meninggal dunia sebaik dilahirkan. Ketika itu saya memang mengalami keputihan dan rasa tidak sihat”

Nasihat saya bagi wanita yang pernah disahkan mengalami jangkitan kuman streptococcal pada faraj ketika hamil dan menyebabkan kematian bayi ketika dalam rahem atau kelahiran pramatang, harus melakukan beberapa ujian untuk mengesan jangkitan kuman ini.

Saya tidak tahu bagaimana prosedurnya di Malaysia sebab saya telah ’melambaikan tangan mengucap selamat tinggal’ pada Jabatan O&G lebih 15 tahun yang lalu.

Sebagai panduan, bolehlah saya berkongsikan sedikit pengetahuan. Selalunya doktor akan melakukan ujian untuk mengesan kuman secara am (bacterial vaginosis) pada minggu ke 16 kehamilan, sementara ujian untuk mengesan bacteria streptococcal vaginitis harus dilakukan pada minggu ke 35-37 kehamilan.

Rawatan antibiotik akan diberikan setelah penyakit itu disahkan oleh doktor. Insya Allah dengan izinNya, anak dalam rahem akan selamat.

”Doktor, semenjak saya melahirkan anak saya yang meninggal dunia itu, sudah 3 tahun saya mencuba untuk hamil tetapi tidak berjaya. Adakah jangkitan kuman seperti ini menyebabkan sukar hamil dan keguguran?”

Pendapat saya jangkitan kuman Bacterial Vaginosis dan Streptococcus Vaginitis tidak menyebabkan sukar hamil tetapi boleh menyebabkan keguguran.

Dalam satu kajian yang dilakukan menunjukkan keguguran berlaku pada 31.6% yang mengalami bacterial vaginosis. (rujuk Ralph SG, Rutherford AJ, Wilson JD: Influence of bacterial vaginosis on conception and miscarriage in the first trimester: cohort study.BMJ 1999 Jul 24;319(7204):220-3 ).

Oleh itu jangan pandang remeh jika terdapat keputihan pada faraj ketika hamil. Harus segera berbincang dengan doktor yang berpengalaman atau pakar O&G untuk merawat jangkitan ketika sedang hamil.

Wallahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (060211)

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

31 comments

  1. Assalamualaikum…

    Saya sedang hamil anak kembar dan sekarang kandungan telah mencecah 7 bulan.Masalah saya adalah saya mengalami kencing berdarah sejak kandungan mencecah 6 bulan. Saya telah menjalani ujian ultrasound buah pinggang(KUB) seperti yg diarahkan oleh doktor dan tiada apa2 masalah dikesan. Tetapi sekarang kemaluan saya bengkak di bahagian kiri dan terdapat gumpalan urat yang tersembul di bibir faraj. Keadaaan ini sangat merisaukan saya.
    Harap doktor dapat bagi nasihat dan panduan.

  2. as’salam doc.. saya mempunyai kemusykilan berkenaan jangkitan fungal, saya skrg sedang mengandung 7bulan. pada awal kehamilan saya, saya penah mendapat jangkitan bakteria di kemaluan di mana vagina saya menjadi gatal dan pedih. keputihan pula menjadi berketul2 dan berbau. menyebabkan saya tidak bersama suami sehingga 2,3 minggu. dan jangkitan itu kerap terjadi. apa yg saya amalkan bagi mengelakkan jangkitan tersebut adalah membasuh kemaluan dengan air yang dicampur dengan dettol. adakah amalan itu baik utk kandungan saya? adakah ia memberi kesan sampingan? dan bagaimana jangkitan fungal ini boleh terjadi sedangkan saya cukup menjaga kebersihan diri. saya agak malu untuk berjumpa doktor bagi mengatasi masalah seperti ini. semoga doc dpt memberi nasihat dan panduan. terima kasih.

  3. ya Allah…sy bru hamil missed period 10 hari..sngt takut sbb skrg alami keputihn yg brketul2…kdg2 brwrna hijau…skrg ni kurang…cuma kptihan mcm gmbr di ats..melekit..btl ke ank dlm kandungan x selamat…bolehkah ia di selamatkan doktor…tolong la sy…ini ank pertama slps 3 thn tunggu zuriat…tolong lah :(((

  4. shalinda linda

    askum,sy mempunyai masalh kencing kotor dan sakit di bahagian kemaluan sekarang kndungan saya berusia 7bulan sudah 2kali sy jmp doktor tp tiada perubahan.adakah kandungan saya selamat ..???

  5. Assalamualaikum Dr. Zubaidi,

    Saya kini mengandung 6 bulan, anak ke-5. Sejak kebelakangan ini warna air kencing saya berubah ke warna gelap, kadang-kadang nampak macam kemerah-merahan. Dari anak pertama hingga keempat saya tidak pernah mengalami masalah ni. Saya tidak mengalami apa-apa kesakitan semasa buang air kecil dan kencing saya ok, lawas. Cuma warna sahaja yang merisaukan sya. Adakah kerana saya kurang minum air putih atau kerana saya minium air yng berwarna seperti teh tarik, kopi atau lain-lain? Saya juga tidak mengalami keputihan.

  6. Assalamualaikum Dr. Zubaidi
    saya kini mengandung 20 minggu.saya mengalami kegatalan yg agak teruk .Sudah 3 kali saya ke klinik O&G, namun masalah ini tetap berulang..
    Kputihan yang keluar seperti susu basi, dan kebelakangan ini berwarna kehijauan.saya rasa gatal yang teramat sangat.Doktor bagi ubat untuk dimasukkan kedalam faraj.Tiada sebarang antiobiotik untuk dimakan.Apa pendapat doktor dan apa cadangan doktor untuk saya hadapi masalah ini.saya buntu sangat sekarang dan hal ini membuat saya rasa sgt tidak selesa.

  7. salam doktor… Saya baru melahirkan bayi kembar perempuan pada 19 mei 2011. Masalah saya pada 19 mei 2011 secara normal dan c-zer. Masalahnya pada hari ke 19 nifas saya sudah kering tetapi ada lelehan cecair seperti nanah keluar dengan banyak. Sebelum tu saya perasan juga kerana darah nifas saya berbau busuk dan berlendir. Jadi saya telah ke klinik dan doktor telah memberikan saya ubat untuk dimasukkan ke dalam vargina. Tetapi doktor tidak memberi antibiotik kerana saya menyusukan kedua-dua bayi perempuan saya. Tetapi sekarang pada usia bayi saya 2 bulan lebih lelehan itu berulang lagi. Lelehan itu seperti nanah dan berbau hanyir. Saya risau. Kenapa kes berlaku. Untuk pengetahuan doktor saya masih tidak bersama lagi dengan suami kerana kami memang mengamalkan pantang 100 hari. Harap doktor dapat membantu saya.

  8. salam dr saya mengandung genap 7 bulan pada hari ini dan mengalami kegatalan di bahagian faraj berdekatan dengan dubur selama 2 hari dan masih belum hilang.keputihan bg saya adalah perkara biasa dan warnanya tetap putih dan tidak bertukar warna. adakah perlu saya dapatkan rawatan @tunggu shj sehingga gatal itu hilang?

  9. salam..
    Doktor, saya mmpunyai masalah dimasa selsepas saya habis berpantang iaitu 3 bln lepas saya bersalin, terdapat lendiran seakan warna kehijau keluar dari faraj.. saya tidak pasti sama lendiran ini sudah keluar lebih awal sblm ini ke tidak kerana tidak jelas ketika darah nifas masih keluar.. skang ni walaupun saya sudah masuk 4 bln slps bersalin lendiran ini masih keluar.. kadang-kadang ia terasa gatal2.. harap doktr dpt membantu msalah saya..
    terima kasih.

  10. asslm, isteri sy mengandung anak pertama dan kandungannya kini berusia 18 minggu lebih. dua hari yang lepas kami ada pergi berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan dan isteri saya mengadu mengalami keputihan. kemudian doktor tersebut memberi ubat “Cotren Vaginal Tablets” untuk merawat keputihan tersebut. persoalan saya adalah, apakah kesan menggunakan ubat tersebut ketika hamil dan kesan kepada bayi kami.

  11. salam, Dr, last period saya bulan 10/8/11.Pada 26/9/11 saya x pasti samada period ke x, kerana hanya sedikit sahaja darah(warna coklat) keluar.Saya dh buat pregnancy test 2 kali tetapi negatif. Saya juga mengalami keputihan dan menyebabkan rasa gatal.Badan pun selalu sakit2 dan emosi saya x stabil saya jdi cepat marah sekarang. Adalah saya mengandung? Pe pendapat Dr dan nasihat yang terbaik untuk saya, Terima kasih.

  12. ieyda syuha bt zakaria

    salam doct..tanggal 12hb april saya tlah mlahirkan anak ke dua..lepas lahir anak saya tidak mahu menyusu,esok harinya nurse sah kan anak saya di jangkiti kuman pada paru paru..di sebabkan itu anak saya terpaksa menggunakan bantuan oksigen selama 7 hari..solan saya,adakah kejadian ini berpunca bakteria dari kemaluan saya??

  13. aslm…
    Waktu saya mengandungkan anak no. 4 saya telah mengalami keputihan (mcm susu basi). makin lama makin banyak, tapi tak berbau. masa check-up, bagitau doc O&G, dia bagi ubat utk masukkan dlm faraj. Tapi kesannya kejap je, lepas seminggu keputihan tu datang balik. Saya ada baca dlm buku kehamilan, katanya akan effect pada kulit kepala baby dan memang betul, masa lahir, kat kepala baby ada macam ruam berbentuk bulat kat hujung kepala. lama kelamaan ruam tu jadi macam kuping. lepas baby umur 3 tahun baru hilang. Saya ada bawa baby jumpa ped, dia bagi ubat sapu, tetap tak hilang. akhirnya hilang sendiri. tapi jenuh nak tunggu smpai 3 tahun. rambut pun jarang2 je. Tapi alhamdulillah, skrg ni anak dah umur 5 thn, rambut dah lebat…

  14. salam…
    sekarang sya hamil 6 bln lbh..ttpi masalah sya adalah keputihan yang berbau kurnag enak n kemaluan sya terasa gatal mcm mn sya nk mengatasinya?

  15. salam…sy sedang hamil 4 bulan lebih dan mengalami masalah keputihan..sy m’jadi tidak selesa apabila b’sama dgn suami kerana merasa pedih dan akan keluar keputihan yg byk..selain itu sy dapati ada biji2 putih tumbuh sekitar lubang faraj sy…adakah ini akan membahayakan kandungan sy?

  16. salam….sy bru berkahwin dalam sebulan..dlam semiggu ni keputihan sye menjadi2..kdg2 bau hanyir… pekat warna putih..jd sye rse mcm takut nk lakukan hubungan kelamin..ade kah keputihan sye ni jenis teruk…

  17. Doctor sya ada masalah kencing kotor dan keputihan ketul-ketul dan masalah angin (gas trouble) kadang2 rasa sangat gatal, baru2 ini ada juga sakit bahagian Bawah Perut dan pinggang, tetapi saya teringin sangat untuk menimang anak kedua tapi sekarang ini dah mula macam2 problem ini,saya harap doctor akan tolong selesaikan masalah saya ini..

  18. salam doktor,saya 2hari ini sya mrasakn kemaluan sya skit ketika duduk mcangkung dan sya dapati ada ketumbuhan seolah2 ulser pd bibir faraj sblh dalam kiri..sekarang ini sya sedang hamil anak ke3 dan kandungan sya sudah berusia 5bulan…ketika sya mngandung anak ke2,hal itu juga pernah berlaku..apakah yg perlu sya lakukn??..sya amat bimbang kerana saiz ‘ulser’ agak besar dan sya tdk selasa akannya….

  19. salam doktor. saya telah bersalin pada sebulan lalu. darah nifas saya telah kering, tetapi yang menjadi keraguan saya sekarang, ada cecair kekuningan seperti nanah keluar dari kemaluan saya. tetapi tidak berbau busuk. ia keluar sederhana banyak dan sentiasa keluar hingga saya terpaksa memakai pad pada seluar dalam. soalannya, adakah ia normal, ataupun saya takut ia kesan dari jangkitan kuman ataupun ada “sesuatu” tertinggal dlm kemaluan saya semasa nurse menjahit kemaluan saya?? saya sangat risau. apa yang patut saya lakukan doktor??

  20. assalmualaikum doktur saya mengalami masalah keputihan semasa mengandung..dan usia kandungan saya adalah 34 minggu,tetapi keputiahan itu tidak gatal..tetapi berwarna kekuningan…dan kadang kala banyak dan kadang2 sikit..adakah dia normal atau sebaliknya..harap doktor dapat berikan pnjelasan

  21. salam doktor, saya sekarang sedang mengandung 38 minggu. sejak 5 hari lepas saya mengalami kegatalan di bahagian kemaluan tetapi menjadi semakin teruk sejak 2hari lepas. saya merasa sakit apabila duduk dan terkena air dibahagian bibir faraj.dibahagian bibir faraj saya menjadi bengkak dan terkeluar. untuk pengetahuan doktor kegatalan telah berkurang tetapi sakit semakin teruk dan saya tidak mengalami keputihan yang teruk. saya amat risau memandangkan jangka masa saya melahirkan anak semakin hampir,takut masalah ini akan menggangu saya ketika proses kelahiran nanti. adakah doktor boleh memberi cadangan ubat yang perlu saya ambil/beli dari farmasi? saya berharap doktor dapat membantu memberikan nasihat secepat mungkin cara mengatasi masalah saya. terima kasih.

  22. salam dr..sy hamil dh 8 blan tp mgalami kputihan yg bnyak shingga wrna kekuningan dn rsa gtal2..apa yg perlu sy buat?? adakah msalah ini mmbahayakan bby yg sy kndungkan??? sy amat2 rsau..

  23. Assalam Doc,

    saya sedang hamil 7 bulan anak pertama..sepanjang kehamilan saya mengalami masalah keputihan. saya takut dan menjadi tidak selesa setiap kali bersama dengan suami kerana keputihan tersebut akan keluar berketul2 dan sedikit berbau….adakah saya mengalami jangkitan kuman dan adakah ini membahayakan kandungan saya??…apa yang patut saya lakukan..TQVM

  24. salam. kadang2 saya confuse tgk soalan dr puan2 skalian. manalah lojik untuk Dr tolg menyelesaikan masalah puan tanpa bersemuka dgn untuk melihat sendiri keadaan puan. jumpalah dgn Dr atau pakar perubatan yang ada dtempat puan2. Anggaplah penulisan Dr sebagai pembacaan ilmiah untuk dijadikan rujukan bg mengambil tindakan yg lebih sesuai di masa akan datang. harap maaf andai mengguris perasaan.

  25. tumpang tanya 2,3 hari ini, sy mengalami kegatalan di kemaluan kemudian hari ini ad sesuatu y sprti keputihan tetapi bewarna kuning kehujauan.. tidak berbau & seperti krim.. adakah saya sudah terkena jangkitan pd kemaluan?

    • Asalamualaikum..
      Penyakit yg awk alami.. seperti sy..
      Sy pon tidak pasti..
      Sy sudah jangkitan kuman ke atau tak

  26. skrg sya mengandung anak ke 3…ketiga tiga nye semasa mengandung sya mengalami kegatalan pda faraj dan keluar keputihan yg kadang kala berwarna hijau .apa yg membuat sya amkin tak selesa ia lah ianya turut berbau…sya perlukan pandangan dan jawapan yg dpt membantu sya d sini..trma kasih

  27. assalamualaikum.doc,saya kini mengandung 7 minggu.baru2 ini,ketika membuang air kencing terdapat ketulan darah sebesar biji beras keluar. saya terus mendapatkan rawatan di hospital dan doc mengesahkan bahawa terdapt jangkitan di serviks sy.jangkitan itu kelihatan seperti tompok2 merah di sekitar serviks.doc memberikan antibiotik dan sebiji ubt untuk dimasukkan melalui faraj.semasa membuat pemeriksaan doc mengatakan bahawa terlalu banyak keputihan dan doc telah mencucinya..doc juga mengatakan air kencing sy sedikit kotor.namun keesokannya,keluar keputihan bewarna coklat terang,tp selepas itu tiada lg..
    adakah keadaan saya ini membahayakan kandungan kerana saya pernah keguguran pada bln 11/2011.

  28. salam..doc..skrg sy tgh pregnant 4 bulan..masa kandungan saya 3 bulan..sy mengalami keputihan teruk..doctor bagi ubat sapu n ubat utk dmasukkan ke dalam faraj…ubat tahan sekejap je..tak smpai seminggu pastu keputihan makin lama makin byk..dan kat tepi faraj saya ada macam biji2 kecil..tp xsakit..macam jerawat..tp bukan..adakah akan effect baby saya nanti..kwn saya ckp keputihan bleh sebabkan licking..air ketuban bocor…apakah yg patut sy buat..

Leave a Reply to shazwaniCancel reply

error: Content is protected !!