JANGAN SAMPAI KENA SERANGAN STROKE KEDUA ATAU KETIGA

Saya brunch dengan seorang rakan. Sebaya 40an.

“Doc, pagi ini ibu saya menelefon. Minta hantarkan ayah kerana tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan. Sebelah badan. Ini baru balik bersarapan. Ibu saya sedang menjaga ayah.”

“Walaupun tekanan bapa saya normal, doktor kata bapa saya mungkin diserang stroke… ” jelasnya lagi.

Saya bertanya, “Ayah ada diabetes? Merokok?”

“Ayah saya tak merokok. Tekanan darah 130/84. Tahap kolestrole normal. Tapi dia ada diabetes”

Ramai yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes juga boleh mendapat serangan stroke walaupun tidak merokok, tidak mempunyai tahap kolestrole jahat yang tinggi dan tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Tahap gula yang tidak dikawal baik boleh menyebabkan sumbatan pada saluran darah, walaupun tahap kolestrolnya normal. Ia juga memekatkan darah dan menyebabkan pembentukan darah beku dalam saluran darah. Bila ia bergerak ke bahagian otak, akhirnya menyebabkan serangan stroke.

“Berapa bacaan gula?” saya bertanya.

“Selalunya dalam 12-15 (mmol/L). Walaupun dia pengamal ubatan dari farmasi berdekatan”

“Wah, tinggi bacaan tu… “

“Apa yang saya perlu buat, doktor?”

“Apa yang terjadi telah pun terjadi. Namun nasihat saya, jangan sampai kena serangan stroke kali kedua atau ketiga”

“Ini stroke kali kedua, doktor. Stroke pertama tiga tahun dulu. Doktor kata minor stroke. Dulu langsung tak boleh jalan. Lepas tu dah OK. Tangan dan kaki dah kuat. Boleh buat kerja-kerja depan laman”

Allahu…

“Selalunya serangan stroke berikutnya lebih parah dari serangan stroke yang sebelumnya. Jadi harus lebih berhati-hati. Pastikan tahap bacaan gula lebih stabil. Jika perlu doktor akan berikan  ubat cair darah. Pesakit diabetes selalunya darah mereka lebih mudah membeku walaupun luka mereka lambat sembuh” terang saya.

Saya cuba terangkan lagi.

“Satu lagi jenis penyakit stroke adalah disebabkan pendarahan dalam otak berlaku apabila tekanan darah terlalu tinggi. Stroke jenis ini lebih bahaya kerana pendarahan yang banyak dalam otak bukan saja menyebabkan sel-sel yang terlibat akan mati, tetapi ia menyebabkan tekanan dalam kepala menjadi tinggi. Ia menjejaskan fungsi otak yang lain.”

Rakan saya mengangguk-anggukkan kepala.

Serangan stroke atau angin ahmar tidak sama seperti serangan jantung. Sebaiknya, bagi individu berusia berusia 40 tahun ke atas buatlah pemeriksaan darah. Sudah mula jaga pemakanan. Tahan sikit nafsu makan. Ambil makanan-makanan yang berkhasiat. Lakukan aktiviti fizikal yang ringkas.

Semoga bermanfaat.

==============================================================

Saya mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap hari untuk rasa lebih sihat dan bertenaga.

Boleh dapatkan OLIVIE dari staf saya.

Puan Zaiha 01110040154
Puan Zurina 0193389668
Puan Hasnah 0126733955
Cik Fizah 0137046851
Puan Raudhah 0199800764

Atau klik ke http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=07d1877d-f27e-4e30-a8bf-88f05df0fae3

Leave a Reply

error: Content is protected !!