Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Jangan mudah berputus asa jika belum lagi hamil

Jangan mudah berputus asa jika belum lagi hamil

hamil

 

Bagaimanakah kehidupan pasangan suami isteri tanpa anak? Kita sering dengar seseorang itu memberi jawapan ‘tiada rezeki’ apabila ditanya mengapa belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin.

 

Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika seorang wanita itu telah bawah 35 tahun ke atas dan masih gagal untuk hamil selepas enam bulan mencuba.

 

Bagi wanita yang berusia 30an ke atas pula, tempuh masa selama setahun berkahwin sudah cukup untuk mereka menunggu dan segera mendapatkan rawatan.

 

Hanya dengan cara menghadiri kaunseling dan pemeriksaan doctor, seseorang wanita akan mengetahui sama ada dirinya menghadapi masalah sukar hamil atau ketidaksuburan atau tidak.

 

Antara perkara yang perlu diketahui oleh wanita itu ialah kaedah rawatan akan dicadangkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

 

Banyak kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah pengambilan ubat subur, permanian berhadas atau persenyawaan in-vitro (bayi tabung uji) dan sebagainya.

 

Namun harus diingat bahawa proses rawatan ini bukalah suatu magik, yang mana setelah menjalani sesi satu rawatan, seseorang wanita it uterus hamil.

Adakalanya seseorang wanita itu harus menjalani rawatan yang sama beberapa kali atau menjalani pelbagai jenis rawatan sebelum berjaya untuk hamil.

 

Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.

 

“Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)

 

Selagi belum cukup usaha kita, ALLAH akan menangguhkan kurniaanNYA. Inilah sunnatullah yang telah ditetapkan ALLAH. ALLAH mahu kita berusaha dan memohon dariNYA.

 

Teruslah berusaha dan jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH.

 

Wallahu a’lam.

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: