Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Jangan hanya mengira sengsara dan bencana tanpa menghitung nikmat dan bahagia

Jangan hanya mengira sengsara dan bencana tanpa menghitung nikmat dan bahagia

amputation

Dalam kehidupan kita, sering kali kira mengira berapa banyak kerugian, kemalangan dan kekurangan yang kita ada, sedangkan jika dicampur ketiga-tiga hal ini tidak sampai 1% jika dibandingkan dengan  nikmat kurniaan ALLAH yang berupa kesenangan, rezeki, kenikmatan, keuntungan, kebahagiaan, dan pelbagai lagi kurniaannya.

 

Kita sering mengenang nasib kita yang malang, tanpa menyedari ALLAH telah banyak memberikan kenikmatan sebelum ini.

 

Seorang lelaki yang kehilangan kasutnya dan terpaksa ‘berkaki ayam’ ditanya perasaannya ketika mengetahui bahawa kasutnya telah dicuri, dia segera menjawab, “Saya bersyukur, walaupun kasut saya telah ditakdirkan hilang tetapi saya masih diberikan kesempatan menikmati lagi kedua belah kaki saya yang masih kuat”

 

Semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, ketika berada di jabatan orthopaedic, saya sempat menyaksikan seorang pesakit diabetis yang baru sedar dari pembedahan dipotong sebelah kakinya akibat tahap gula yang tidak terkawal dalam darahnya sehingga menyebabkan tisu-tisu kakinya mati dan mengalami ‘wet gangrene’ berkata “ALHAMDULILLAH..” ketika pertama kali dia membuka matanya selepas pembedahan.

 

Dengan penuh kehairanan dan hiba si isteri bertanya, “Abang tidak sedihkah sebelah kaki abang telah dipotong?”

 

Dia menjawab “semua yang kita ada adalah pinjaman semata, dan ALLAH akan mengambil apa saja yang dipinjamkan pada bila-bila masa yang dia suka. Oleh kerana abang tidak menjaga amanahNYA dengan baik, ALLAH telah menarik nikmat itu. Tetapi abang bersyukur kerana ALLAH memberi peluang untuk abang meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak-anak yang abang sayang. Abang masih hidup dan ALLAH beri peluang untuk menebus kembali kesilapan yang abang telah lakukan didunia ini..”

 

Inilah contoh-contoh manusia yang biasa tetapi mempunyai fikiran dan perlakuan orang yang luar biasa.

 

Mereka memilih untuk bersyukur untuk kekal bermotivasi dalam hidup. Tanpa motivasi hidup, mereka akan menjadi putus harap, berputus asa dan akan gagal dalam hidup mereka. Hanya dengan bersyukur dengan nikmat pemberian ALLAH yang begitu banyak, dan tidak memandang berat dengan ujian yang diberikan, mereka akan terus bermotivasi dalam hidup.

Inilah yang menjadikan mereka luar biasa. Jangan melihat sisi negatif tetapi ambillah kebaikan dan hikmah dari setiap kejadian.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: