Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan

ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN

“Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang bulan.Dia telah membuat pemeriksaan UPT sebanyak 4 kali (3 kali buat di rumah, dan sekali dibuat di klinik swasta). Agak menyedihkan, keempat-empat ujian tersebut adalah negative. Saya telah membuat appointment lain dengan klinik tersebut untuk membuat scanning pada isteri saya.

Di sini ada beberapa soalan ya Dr.:

1. Jika scanning itu tidak menunjukkan tanda-tanda kehadiran janin/baby, apa yang mesti saya lakukan seterusnya?

2. Perlu atau tidak isteri saya mengambil ubat atau supplement untuk membetulkan kembali kitaran haidnya? Doktor di klinik ini mencadangkan biarlah kedatangan haid itu terjadi dengan semulajadi. Tapi jika menjangkau hingga 5-6 bulan masih tidak datang bulan, bagaimana Dr.?

3. Untuk ke klinik semalam, ianya amat sukar kerana saya terpaksa memujuk isteri sejak 2 minggu yang lalu. Dia takut jika kecewa. Kami juga melalui ‘perang dingin’ sebentar sebelum dapat membawanya ke klinik. Apa yang harus saya lakukan Dr.?

4. Adakah pemeriksaan ‘scanning’ dan ultrasound itu perkara yang sama? Ketika ini, saya dan isteri menunggu panggilan dari klinik untuk membuat scanning. Saya akan update Dr. apabila sudah selesai melakukan scanning. Terima kasih Dr. Zubaidi kerana sudi meluangkan masa membaca email saya ini.”

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

1. Jika scanning itu tidak menunjukkan tanda-tanda kehadiran janin/baby, apa yang mesti saya lakukan seterusnya?

Pemeriksaan UPT adalah ujian saringan sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak. Masa yang terbaik untuk melakukan ujian ini adalah selepas 8 minggu, kerana jika pemeriksaan UPT dilakukan lebih awal, ia akan mendatang kekeliruan.

Selalunya selepas 8 minggu, ujian UPT lebih tepat. Jika UPT positif, bermakna isteri saudara hamil, sementara jika ujian UPT negative bermakna isteri saudar tidak hamil. Jika saudara masih lagi rasa ‘tidak yakin’ dengan keputusan ujian UPT, minggu ke 8 juga adalah masa terbaik untuk saudara melakukan pemeriksaan ultrasound.

Jika isteri saudara hamil, dalam rahem isteri saudara akan menunjukkan imej imbasan “kantung janin bersama degupan jantung”. Jika hasil UPT negative dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan tiada ‘kantung janin’ maka bermakna isteri saudara tidak hamil. Terimalah keputusan dengan hati terbuka dan berusahalah lagi.

Banyak sebab yang menyebabkan isteri saudara tidak hamil. Saya banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan di dalam blog saya di http://drzubaidi.com

2. Perlu atau tidak isteri saya mengambil ubat atau supplement untuk membetulkan kembali kitaran haidnya? Doktor di klinik ini mencadangkan biarlah kedatangan haid itu terjadi dengan semulajadi. Tapi jika menjangkau hingga 5-6 bulan masih tidak datang bulan, bagaimana Dr.?

Apa yang isteri saudara harus lakukan ialah buat pemeriksaan hormone, kerana kitaran haid seorang wanita dipengaruhi oleh hormone. Jika beliau mengalami ketidakseimbangan hormone, kitaran haid beliau akan menjadi tidak menentu.

Oleh itu membuat pemeriksaan darah bagi mengetahui tahap hormone beliau adalah sangat penting bagi mengetahui punca masalah isteri saudara. Pemberian ‘ubat turun darah’ sememangnya tidak digalakkan, kerana ia hanya bersifat sementara. Setelah beberapa hari isteri saudara menghentikan menggunakan pil itu, darah haid akan keluar.

Tetapi masalah isteri saudara akan berulang. Darah haid tidak akan keluar pada bulan-bulan selepas itu. Isteri saudara boleh mengambil beberapa suplemen untuk membetulkan kesimbangan hormone beliau. Saya selalu mencadangkan suplemen vitamin C dan E, kapsul EPO atau Ekstrak Kacip Fatimah, dan dalam masa yang sama buatlah pemeriksaan hormone. Suplemen ini mengambil masa yang lebih lama, tetapi berbaloi untuk dicuba.

3.Untuk ke klinik semalam, ianya amat sukar kerana saya terpaksa memujuk isteri sejak 2 minggu yang lalu. Dia takut jika kecewa. Kami juga melalui ‘perang dingin’ sebentar sebelum dapat membawanya ke klinik. Apa yang harus saya lakukan Dr.?

Bagi masa untuk isteri saudara. Jangan memaksa beliau. Berikan semangat. Memang ada pasangan yang lambat mendapat zuriat. Lagi pun perkahwinan saudara belum berusia setahun lagi. Teruskan usaha. Jangan fikir sangat tentang zuriat, tetapi lebih menikmati kehidupan berumah tangga. Ramai wanita yang hamil tanpa dirancang. Apabila masuk tahun kedua perkahwinan, barulah saudara perlu memikir dengan lebih serius tentang masalah kesuburan ini.

4. Adakah pemeriksaan ‘scanning’ dan ultrasound itu perkara yang sama?

Ya. Ia adalah perkataan yang merujuk kepada perkara yang sama. Saudara boleh ke klinik lain yang ada perkhidmatan ultrasound dan berbincang dengan doctor yang merawat.

Wallahu a’lam

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di SINI

Leave a Reply

error: Content is protected !!