Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN

INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN

INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN

 

 

Assalammualaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai ubat subur Clomid 50mg.

Saya tidak merancang kehamilan sudah 10 tahun dan sekarang saya berusaha untuk hamil. Kitaran haid saya tiada masalah. Dalam tempoh 3 bulan ini saya ada buat ujian kesuburan menggunakan strip. Dalam sebulan cuma 2-3hari subur. Double line pun samar-sama. Adakah saya boleh untuk mengambil ubat clomid?

Tinggi 146
Berat 70kg

Kelahiran pertama 2007 normal
Kelahiran kedua 2010 (ceaser) terbelit tali pusat.

Apakah pandangan doktor. Terima kasih.

 

WAALAIKUMUSSALAM.

 

Clomid adalah ubat hormon sintetik yang merangsangkan pengeluaran telur ovum. Ini bermakna wanita yang mengalami masalah kesuburan akibat tidak mengeluarkan telur dicadangkan mengambil ubat hormon sintetik ini.

 

Dalam kes puan, pemeriksaan ujian kesuburan melalui air kencing atau Ovulation Prediction Kit (OPK) yang puan jalankan, dipercayai positif. Ini bermakna puan tiada masalah kesuburan.

 

Semasa muda, seseorang itu masih subur. Kini setelah sepuluh tahun, mungkin dia mengalami masalah obesiti, penyakit kronik dan mengambil ubat-ubatan yang mungkin mengganggu kesuburan.

 

Sebagai langkah mudah, saya nasihatkan puan memujuk suami puan melakukan pemeriksaan air mani. Ini kerana kesuburan seseorang boleh berubah apabila umur semakin meningkat. Lagi pun ia adalah pemeriksaan yang mudah.

 

Jika beliau tiada masalah air mani, lakukan hubungan intim pada hari puan subur dengan melakukan pengiraan dan disahkan dengan pemerikan OPK.

 

Jika telah berusaha selama 3 kali (3 kitaran haid), tetapi tidak berjaya, saya mencadangkan puan dan suami melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci dengan pakar kesuburan.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: