Advertorial
Home » Farmasi » INFO TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN

INFO TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN

INFO YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN

Losartan dijual di pasaran dengan nama Cozaar.

Losartan digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Ia dikatakan dapat melindungi ginjal dari kerosakan akibat diabetes.

Ini bermakna pesakit diabetes yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, ia adalah pilihan yang lebih baik.

Ia juga diberikan kepada pesakit bagi melindungi pesakit dari risiko mendapat komplikasi dari stroke, serangan sakit jantung dan kerosakan ginjal.

Losartan termasuk dalam kumpulan angiotensin receptor blockers (ARBs). Ia akan mengembangkan saluran darah bagi melancarkan pengaliran darah dan mengembangkan saluran darah. Akhirnya tekanan darah akan menurun.

Bagaimana menggunakan Losartan?

Saya nasihatkan agar membaca info yang dituliskan pada kertas yang disertakan dalam kotak ubat. Jika tidak faham, berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengambil ubat sintetik ini.

Ubat ini diambil sekali sehari, terus ke dalam mulut, sama ada lepas makan atau sebelum makan, ia tidak mengganggu penyerapan ubat ini.

Ambil ubat ini pada masa yang tetap supaya kita tidak lupa pengambilannya.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: