Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Implanon, haid tidak menentu dan solat

Implanon, haid tidak menentu dan solat

IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT

implanon

 

“Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Masalah yang puan ajukan adalah masalah yang biasa ditanyakan oleh wanita lain yang menggunakan kaedah perancang keluarga IMPLANON.

 

implanon2

 

Ia berbentuk seperti kayu pencungkil gigi yang di masukkan ke bawah kulit (selalunya bahagian lengan). Hormon sintetik akan dikeluarkan secara perlahan-lahan sepanjang 3-4 bulan, bergantung kepada jenis produk ini.
Selalunya ia tidak mendatangkan masalah kesan sampingan. Namun kebanyakan wanita yang menggunakannya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu. Selalunya haid mereka lambat, dan apabila datang haid pula, ia berpanjangan.

Menurut kaedah syarak yang biasa digunakan, darah haid yang normal akan keluar selama dua minggu atau 15 hari. Jika lebih dari itu, ia dianggap sebagai darah istihadah (darah penyakit).Boleh rujuk pada ustazah di kelas pengajian agama yang puan hadiri.

 

Jika puan mengalami pendarahan haid berterusan, hanya pendarahan haid hanya dikira hanya 15 hari dari hari pertama haid puan. Masuk hari ke 16, ia dianggap sebagai darah istihadah.

 

Begitu juga jika puan telah mengalami darah haid selama seminggu, tetapi hari ke 12 hingga ke 20 masih keluar darah. Maka darah haid hanya dikira pada tarikh 12, 13, 14, 15. Hari ke 16, 17,18, 19, dan 20 dikira darah istihadah.
Hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Mereka perlu membersihkan kemaluan, dan memakai pad dan berwuduk.
Jika ada pendarahan berlaku kettika solat, ia tidak membatalkan wuduk dan solat ketika itu. Boleh meneruskan solat.

 

 

Tetapi wuduk yang ada tidak boleh digunakan untuk solat seterusnya. Mereka harus membersihkan kemaluan, memakai pad tuala wanita yang bersih dan mengambil wuduk semula untuk solat berikutnya. Sebagai contoh, wuduk yang diambil bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.

 

Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

 

1. “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Bukhari)

 

2. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Ulamak kotemporari memberitahu dalam zaman ini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.

 

 

Bagi mereka yang telah berkahwin, mereka boleh melakukan hubungan seksual dengan suami.  Inilah info yang saya perolehi dari ustaz yang mengajar saya.

 

 

Bagi masalah IMPLANON yang puan gunakan, saya mencadangkan puan berbincang dengan doktor yang merawat puan. Jika puan tidak selesa dengan keadaan ini, tiada pilihan lain kecuali membuang implanon itu kerana tidak sesuai untuk puan. Selalunya kitaran haid menjadi normal setelah beberapa bulan implanon dibuang.

 

Saya juga mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi membaiki kitaran haid puan, bersama vitamin C dan E (boleh dapat di farmasi).

 

Ekstrak Kacip Fatimah didapati membantu mengimbangkan semula hormon puan, seterusnya menjadikan kitaran haid puan lebih teratur.

 

Boleh dapatkan di http://needsvenue.com.my/ProductWeb.aspx?sq=2734bbac-092f-46fd-b061-a9151226e45f

 

 

WALLAHU A’LAM

 

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: