Implanon, Haid Tidak Menentu dan Sukar Solat

Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid.  Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.

 

Wa alaikum mus salam.

 

Salah satu dari kesan sampingan dari suntikan pencegahan kehamilan, implanon ialah kitaran haid menjadi tidak menentu. Sama ada pendarahan haid menjadi panjang atau sedikit.

 

Darah haid yang normal akan keluar selama dua minggu atau 15 hari. Jika lebih dari itu, ia dianggap sebagai darah istihadah (darah penyakit).

 

Jika puan mengalami pendarahan haid berterusan, hanya pendarahan haid hanya dikira hanya 15 hari dari hari pertama  haid puan. Masuk hari ke 16, ia dianggap sebagai darah istihadah.

 

Begitu juga jika puan telah mengalami darah haid selama seminggu, tetapi hari ke 12 hingga ke 20 masih keluar darah. Maka darah haid hanya dikira pada tarikh 12, 13, 14, 15. Hari ke 16, 17,18, 19, dan 20 dikira darah istihadah.

 

Hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Mereka perlu membersihkan kemaluan, dan memakai pad dan berwuduk.

 

Jika ada pendarahan berlaku kettika solat, ia tidak membatalkan wuduk dan solat ketika itu. Boleh meneruskan solat.

 

Tetapi wuduk yang ada tidak boleh digunakan untuk solat seterusnya. Mereka harus membersihkan kemaluan, memakai pad tuala wanita yang bersih dan mengambil wuduk semula untuk solat berikutnya. Sebagai contoh, wuduk yang diambil bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.

 

Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

1. “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Bukhari)

 

2. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)

 

 

Ulamak kotemporari memberitahu dalam zaman ini,  penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.

 

Bagi mereka yang telah berkahwin, mereka boleh melakukan hubungan seksual dengan suami.

 

Saya mencadangkan puan membuang implanon itu kerana tidak sesuai untuk puan dan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi membaiki kitaran haid puan.

Untuk pembelian boleh klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda
 

 

 

 

 

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!