Advertorial
Home » Vaksin » Immunisasi vaksin lima serangkai elak diphtheria

Immunisasi vaksin lima serangkai elak diphtheria

IMMUNISASI VAKSIN LIMA SERANGKAI ELAK DIPHTHERIA

 

pentaxim

 

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.

 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

 

“Ia diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.

 

“Kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi.

 

“Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

diphtheria

 

Menurut Dr Noor Hisham, difteria adalah penyakit disebabkan bakteria Corynebacterium Diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

 

Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin menyebabkan keradangan sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

 

“Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

“Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus,” katanya.

 

-Sumber Berita Harian Online

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: