Advertorial
Home » Perubatan Melayu Lama » IKAN KELI DIKATAKAN MAKANAN BERBISA MENGIKUT PERUBATAN DAN BUDAYA MELAYU LAMA

IKAN KELI DIKATAKAN MAKANAN BERBISA MENGIKUT PERUBATAN DAN BUDAYA MELAYU LAMA

IKAN KELI DIKATAKAN MAKANAN BERBISA MENGIKUT PERUBATAN DAN BUDAYA MELAYU LAMA

Dalam perubatan Melayu lama, selain makanan yang dikatakan berunsur panas, sejuk, berangin dan tajam, terdapat makanan yang diketegorikan sebagai makanan berunsur bisa. Makanan bagi kategori ini lazimnya bergantung kepada kesihatan seseorang individu.

Terdapat individu yang boleh memakan makanan yang berunsur bisa tanpa memberikan kesan terhadap tubuh badan pemakannya. Namun ada juga yang tidak sesuai mengambil makanan seperti ini.  Nasihat ini selalunya diberikan kepada wanita yang baru melahirkan anak (dalam berpantang), pesakit yang mengalami luka kemalangan, atau baru menjalani pembedahan.

Bagi masyarakat Melayu, makanan seperti pulut, pucuk paku, limau nipis dan manga juga antara makanan yang dikategorikan sebagai makanan berunsur bisa (Shariffah Suraya 2013; Che Wan Jasimah 2000).

Selain itu, ikan yang mempunyai duri dan sengat seperti ikan keli, ikan pari, ikan sembilang, ikan puyu ikan duri dan ikan belukang juga dikategorikan sebagai makanan berbisa bagi masyarakat Melayu. Makanan jenis berbisa dipercayai tidak boleh dimakan oleh wanita yang baru melahirkan kerana akan menyebabkan turun darah dan bentan (Anisah Barakbah 2007).

Umumnya, ikan keli sering didapati di kawasan sawah padi atau kawasan yang berpaya, selain di kolam, sungai, longkang dan bekas lombong. Ikan keli merupakan sejenis ikan yang enak dimakan. Bagi masyarakat Melayu, ikan keli akan dimasak gulai lemak, disalai, digoreng, dimasak sambal serta boleh juga dimasak asam. Walaupun ikan keli sedap dijadikan hidangan, namun ikan ini dianggap bisa bagi masyarakat Melayu terutama pada golongan yang disebutkan tadi.

Setakat ini saya belum menemukan kajian sains yang membenarkan atau menolak kenyataan ini. Ini tidak kajian yang dibuat secara klinikal. Jadi terserah pada kita untuk mengambil nasihat ini atau tidak.

#HealthDrZubaidi

#PerubatanMelayuLamaDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: