Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Idebenone dalam produk kecantikan

Idebenone dalam produk kecantikan

IDEBENONE DALAM PRODUK KECANTIKAN

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya, adakah produk yg menggunakan Idebenone sbg bahan utama selamat dan berkesan dalam merawat masalah kulit wajah seperti jerawat? Terima kasih atas maklum balas yg bakal diberikan.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ketika ini memang banyak produk yang mengandungi bahan idebenone terkenal, seperti Catena, Raxone, atau Sovrima.

 

Pada mulanya ia diperkenalkan oleh  Takeda Pharmaceutical Company sebagai sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer dan kecacatan kognitif (masalah ingatan) yang lain. Namun ubat ini tidak begitu berkesan.

 

Syarikat dari Swiss, Santhera Pharmaceuticals  telah memulakan kajian untuk rawatan penyakit saraf yang dikenali sebagai ‘neuromuscular diseases’. Pada tahun 2010, kajian klinikal dilakukan untuk sejenis penyakit ‘neuromuscular disease’ iaiatu Friedreich’s ataxia dan Duchenne muscular dystrophy, malangnya pada tahun 2013 ia tidak diluluskan oleh badan berautoriti di Amerika Utara dan Eropah.

 

Oleh kerana  idebenone mempunyai struktur kimia seperti quinone, maka ia dipromosikan sebagai bahan buatan (sintetik) coenzyme Q10 (CoQ10).

 

CoQ10 adalah bahan antioksidan yang baik dan mampu mengekalkan ‘keremajaan’ sel. Oleh itu ia dijadikan bahan dalam mengekalkan keremajaan kulit dalam kebanyakan produk kosmetik. Namun begitu ia bukanlah ubat untuk kulit jerawat.

 

Ia sesuai diberikan untuk mengekalkan keremajaan kulit, kuringkan kedutan dan kekusaman kulit.

 

Kajian yang dijalankan oleh Dr David McDaniel dari  Eastern Virginia College of Medicine terhadap beberapa kesan jenis anti oksidan terhadap kulit termasuk vitamins C dan E, kinetin, alpha-lipoic acid, dan idebenone menunjukkan manfaat bahan-bahan ini terhdapat keremajaan kulit.

 

Idebenone dianggap sebagai micronutrien yang berada dalam kumpulan  CoQ10, sangat berkesan menghalang kerosakan sel-sel kulit, mengurangkan radang dan memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan  penuaan pada kulit.

 

Namun begitu seorang pakar aesthetic dan dermatologist, Dr Bruce Katz, Pengarah Juva Skin and Laser Center di New York, USA  memberi amaran bahawa tidak semua wanita sesuai untuk menggunakan produk yang mengandungi  idebenone.

 

Ia boleh menyebabkan ruam merah dan keradangan kulit bagi wanita yang sensitive terhadap idebenone.

 

Wallahu a’lam

 

Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.

 

Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di Mesir, mereka menggunakan habatus sauda’ sebagai suplemen dan ubat.

 

Contohnya, Ratu Cleopatra menggunakan habitus sauda’ untuk merawat kecantikan beliau, Ratu Nefertiti juga menggunakan minyak habitus sauda’ untuk menghitamkan rambut dan mencantikkan kuku. Dari kajian archaeologist, Firaun (Raja Tut) menyimpan minyak habitus sauda dalam makam beliau. Ini menunjukkan betapa batatus sauda’dan minyaknya telah lama digunakan dalam perubatan purba.

 

Habatus sauda juga telah dirakamkan dalam satu hadis yang terkenal, “diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” (Imam Bukhari).”

 

Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, habbatus sauda dikenal sebagai “al abbah al barokah”. Di dalam kitab beliau telah menyenaraikan kegunaan habbatus sauda’ untuk mengubati lebih 50 jenis penyakit.

 

Walau bagaimana pun beliau tidak menyebutkan kegunaan habbatus sauda’ bagi wanita yang hamil.

 

Dalam banyak journal yang saya baca mengenai kebaikan habatus sauda terhadap wanita yang hamil, terutama minyak habbatus sauda, yang sekarang dimasukkan ke dalam softgel.

Malangnya tiada kajian klinikal yang didokumentasikan.

 

Walau bagaimana pun, ada beberapa laporan yang mengatakan bahawa sesetengah wanita hamil yang sensitif boleh mengalami kontraksi selepas menggunakan minyak habbatus sauda. Ia sangat jarang berlaku.

 

Jadi berhati-hati ketika mengamalkannya. Berjumpa doctor segera jika ada rasa kontraksi pada rahem.

 

Dalam kebanyakan wanita, habatus sauda banyak memberikan manfaat ketika hamil. Namun cuba elakkan diberikan di awal kehamilan, terutama sebelum usia kehamilan minggu ke 16.

 

Nasihat saya adalah amalkan terus obimin, dan boleh menggunakan softgel habbatus sauda selepas usia kehamilan 16 minggu

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: