Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Ibu jari mahu dipotong

Ibu jari mahu dipotong

IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG

diabetic foot

Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya.

Saya kata, “datanglah”. Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya.

 

Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari kakinya mula membusuk. Hujung ibu jari kakinya kemerah-merahan. Membengkak. Dalam keradangan. Tidak sakit. Rasa kebas.

 

Saya percaya tisu-tisu di hujung jarinya sedang mengalami keadaan kekurangan oksigen dan nutrisi, sebab salur darah yang membekalkan keperluan di situ mengalami ‘sumbatan’ dan ‘penyempitan’

 

Saya minta dia teruskan ubat yang diberikan oleh doktor di hospital. Saya hanya beritahu tip pemakanan yang betul. Kurangkan gula, nasi dan produk tepung. Minum air kosong sebanyaknya. Gantikan gula dalam minuman dengan stevia.

 

Akhirnya selepas dua minggu saja, tisu hujung ibu jari kakinya sudah normal seperti biasa.

 

Petang itu saya ketika saya mahu pulang, dan menutup klinik, rakan saya datang. Muka kelat menahan sakit. Badannya sudah semakin berisi semula.

 

Bila saya tanya rupanya masalah yang lama berulang. Kali ini lebih teruk. Ibu jari kakinya telah menjadi hitam dan membusuk. Tisu di sekeliling sudah hampir mati dan tidak sihat.

 

Saya seperti mahu menangis melihat keadaan sahabat saya ini.

 

Dia adalah teman sekolah berasrama dulu. Saya masih ingat ketika saya sakit di asrama akibat demam, dia akan bawakan saya makanan dan air suam dari kantin. Dia akan duduk di sebelah saya dan pastikan saya makan. Kemudian dia akan letakkan ubat di tangan saya dan memastikan saya makan ubat itu. Sebelum ke kelas dan selepas habis kelas dia akan ke katil saya memastikan saya tidak demam dan minum secukupnya.

 

Hari ini dia datang dengan risiko kakinya mahu dipotong. Itu katanya. Dua hari lepas sudah ke hospital dan doktor beritahu jika tiada perubahan, mungkin ibu jarinya dipotong. Ubat sudah ditukar kepada suntikan insulin.

 

Saya mahu memeriksa gula, tapi dia menolak sebab dia tahu kebiasaannya gula dalam darahnya tinggi. Jika berpuasa gulanya antara 10-15. Jika lepas makan biasanya melebihi 15.

 

Saya bertanya apa yang menyebabkan keadaannya kembali tidak terkawal.

 

Dia mengatakan dia kembali kepada cara pemakanan yang salah. Dia lupa nasi, produk tepung dan kuih yang manis adalah racun baginya. Dia tidak memperdulikan pantang larang yang pernah saya pesan kerana dia menyangka dia sudah sembuh dari diabetis dan rakan-rakannya mencadangkan beberapa suplemen.

 

Saya menggeleng kepala.

 

“Boleh amalkan suplemen, tapi dengan cara yang betul. Ambil nasihat dan cara penggunaan dari orang yang tahu. Orang yang ada ilmu. Suplemen tidak akan berkesan jika tidak diambil dengan cara yang betul. Saya telah melihat ramai yang ambil suplemen tapi keadaannya bertambah teruk”

 

Dia senyum kambing saja . “Akulah tu” katanya.

 

Saya tahu sahabat saya ini mempunyai semua ubat yang diperlukan. Dia mengambil suntikan insulin Mixtard 30 sebanyak 30 unit setiap pagi dan insulin actrapid 10 unit tiga kali sehari. Saya membiarkan dos ubat yang diberikan. Saya tidak mahu mengubah apa-apa.

 

Saya percaya tahap gulanya akan bertambah baik dan tisu ibu jari kakinya akan bertambah sihat. Tisu yang mati mungkin tidak dapat diselamatkan, tetapi tisu-tisu yang masih baik, boleh diselamatkan lagi. Saya mengharapkan semoga keadaan kakinya tidak bertambah teruk. Ia tidak merebak ke buku lali.

 

 

Saya hanya memberikan motivasi kepadanya. Saya tidak mahu dia berputus asa. Sekarang dia agak sukar mengawal nafsu makan..

 

Langkah pertama untuk kembali kepada menu pemakanan yang betul ialah dengan banyakkan puasa. Sekurang-kurangnya dia akan dapat mengawal pengambilan makanan selama 14 jam sepanjang dia berpuasa. Pasti gulanya akan menjadi lebih rendah.Kemudian apabila berbuka jaga pamakanan, mungkin dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran.

 

Bila nafsu dapat dikawal dengan berpuasa, ia lebih mudah untuk menjaga makan ketika tidak berpuasa. Saya berikan dia STEVIA untuk dia mengurangkan rasa ketagihan gula. Lidah yang biasa dimanjai dengan rasa manis sukar dipisahkan dengan gula.

 

Jadi stevia adalah alternatif yang baik kerana ia tidak meningkatkan gula dalam darah dan zero kalori. Dia boleh menikmati kopi setiap pagi tanpa runsing gula dalam darah akan meningkat secara mendadak.

 

Saya mencadangkan pengambilan dua sudu SAKANJABEEN setiap pagi selepas bangun tidur, dicampur dalam segelas air mineral. Begitu juga sebelum tidur. Ia banyak antioksida dan vitamin yang membantu penyembuhan luka diabetik.

 

Teruskan ubat, jaga pemakanan, ambil suplemen yang perlu dan kali ini biar saya yang memantau keadaannya. Saya percaya dengan langkah yang agresif, ibu jari kakinya dapat diselamatkan.

 

………………………………………………………………………………….

 

NOTA AKHIR

 

Jika berminat dengan STEVIA dan SAKANJABEEN sebagai suplemen dalam rawatan penyakit diabetis, kolestrole dan tekanan darah tinggi boleh hubungi saya 013-7610576

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: