Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » HOT DOG ANTARA PUNCA KANSER?

HOT DOG ANTARA PUNCA KANSER?

HOT DOG ANTARA PUNCA KANSER?

Hot dog adalah makanan segera yang diminati di Amerika Syarikat, malah di Malaysia.

Asalnya hotdog adalah makanan berkhasiat menggunakan daging terbaik oleh pendatang Jerman untuk menjamu keluarga pada hari perayaan di New York sekitar tahun 1860.

Apabila ia menjadi industri pemakanan, pengeluaran tidak lagi mementingkan aspek kesihatan, malah mungkin menyebabkan kemudaratan.

Ia tidak lagi memberikan nutrisi terbaik (terutamanya mikronutrien) pada individu yang memakannya. Apatah lagi ia bukan lagi dijadikan makanan istimewa (pada hari perayaan) tetapi dijadikan makan ruji setiap hari.

Jika ia diambil sesekali atau sebagai sampingan pada menu makanan yg lebih sihat, ia mungkin tidak mengapa. Tetapi jika diambil sebagai menu utama dalam pemakanan setiap hari, sudah tentu ia mendatangkan masalah.

Hot dog pada asasnya diperbuat dari daging haiwan seperti lembu, ayam, kambing malah khinzir yang telah dihancurkan dan kemudian dimasukkan ke dalam usus haiwan bagi mendapatkan bentuk yang memanjang.

Kebanyakan pengeluar menggunakan semua kategori daging seperti daging, kepala, kaki, kulit malah tisu-tisu lemak.

Daging yang hancur dan digumpalkan. Kemudian dicampurkan dengan bahan perasa, pewarna, pengawet untuk meningkatkan rasa daging dan agar ia tahan lebih lama.

Walaupun bahan perasa, pewarna dan pengawet adalah bahan yang dibenarkan dalam makanan, pengambilan yang terlalu banyak dan waktu yang lama boleh mendatangkan kemudaratan.

Penggunaan bahan yg dicampurkan seperti gula (corn syrup), garam berlebihan, nitrates, monosodium glutamate (MSG), dan banyak sebatian yang secara berlebihan pasti berbahaya.

Banyak kajian mendapati bahawa hot dog boleh mendatangkan risiko mendapat penyakit kanser.

Satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Hawaii, Amerika Syarikat mendapat makanan yang terdiri dari daging berproses menyebabkan risiko mendapat kanser pankreas sebanyak 67%.

Sementara American Institute for Cancer Research mengatakan bahawa pengambilan satu hot dog setiap hari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus (colorectal cancer) sebanyak 21%.

Ini kerana hot dog mengandungi bahan nitrates dan nitrites, yang sangat berbahaya.

Bila dipanaskan dalam suhu yang tinggi, bergabung dengan bahan sebatian amines, menghasilkan sebatian nitrosamines, yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti seperti kanser perut, kanser pankreas, kanser kolon, dan kanser pundi kencing.

Jadi berhati-hati ketika memilih makanan. Elakkan makanan yang tidak bermanfaat dan memudaratkan. Elakkan ambil terlalu banyak atau untuk jangkamasa yang panjang.

Cuba kita elakkan risiko mendapat penyakit kronik termasuk kanser. Pengambilan sesekali mungkin tidak mengapa, tetapi untuk yang berisiko, elok elakkan.

Alhamdulillah saya amalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih bertenaga dan lebih sihat. Ia juga mencegah kanser kolon.

#oliviedrzubaidi

#dietdrzubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: