Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?

Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?

 

Holoprosencephaly

 

Baru-baru ini saya melihat kelahiran seorang bayi melalui kongsian di facebook. Saya sangat sedih melihat bayi ini masih hidup dan bergerak-gerak di dalam incubator, malangnya bayi ini bermata satu.

 

Saya memikirkan bagaimana nasib beliau di masa akan datang apabila telah meningkat dewasa, dan lebih malang ada rakan-rakan di facebook yang terlalu dangkal dengan mengaitkan kelahiran bayi yang tidak berdosa ini dengan kelahiran makhluk dajjal.

 

Pada saya kelahiran bayi ini hanya menunjukkan kekuasaan ALLAH yang boleh mencipta makhluknya dengan pelbagai bentuk kejadian.

 

Bayi yang tidak bersalah ini tidak seharusnya dikaitkan dengan makhluk dajjal yang dikatakan bermata satu. Bayi ini tidak berdosa dan tidak minta dilahirkan sebegitu.

 

Sebenarnya kelahiran bayi seperti ini berlaku di seluruh dunia. Ia dinamakan “holoprosencephaly” iaitu kecacatan pada otak di mana otak yang dikenali sebagai ‘forebrain’ tidak dapat dibentuk menjadi dua hemisphera sebelah kanan dan sebelah kiri.

 

Kebiasaannya otak manusia mempunyai dua bahagian hemisfera, tetapi bagi bayi ini kecacatan otak pada bayi ini menyebabkan mereka hanya membentuk otak   seperti bola tanpa pembentukan dua hemispfera.

 

Oleh kerana kebiasaannya pembentukan otak berlaku bersama dengan pembentukan muka, bermula pada usia kehamilan minggu kelima dan keenam, maka kecacatan otak berlaku bersama-sama dengan kecacatan muka pada bayi ini.

 

Jika kecacatan otak itu berlaku dengan teruk, ia boleh menyebabkan kematian semasa di dalam rahem atau sebaik saja dilahirkan.

 

Jika kecacatan itu ringan, ia hanya melibatkan kecacatan pada muka yang melibatkan mata, hidung dan bibir atas, sementara otak tidak mengalami sebarang kecacatan. Walau bagaimana pun keterencatan mental dan sawan sering berlaku pada bayi sebegini.

 

Kecacatan yang teruk dapat dikesan pada muka pada bayi yang dilahirkan itu, kerana hanya mempunyai satu mata (cyclopia) dan sering dikaitkan dengan makhluk dajal. Bayi itu juga tidak mempunyai batang hidung atau hidung hanya seperti ekor (proboscis) yang terletak di atas kedudukan mata.

 

Punca sebenar kecacatan ini tidak diketahui. Pada saya kelahiran bayi seperti ini hanyalah menunjukkan kekuasaan ALLAH yang boleh mencipta makhluknya dengan pelbagai rupa. Bayi yang tidak bersalah ini tidak seharusnya dikaitkan dengan makhluk dajal yang dikatakan bermata satu.

 

Beberapa wanita yang dikatakan mempunyai risiko tinggi adalah wanita yang mengalami diabetes semasa hamil,  wanita yang mengalami jangkitan  “TORCH complex” , berlaku pendarahan di awal kehamilan dan wanita yang pernah mengalami beberapa kali keguguran.

 

Ia juga boleh berlaku pada wanita yang menggunakan ‘ubat-ubat yang tidak selamat untuk wanita hamil’.

 

Holoprosencephaly berlaku dua kali lebih banyak pada bayi perempuan dan tiada kaitan dengan umur ibu yang hamil. Ia sangat berisiko pada hamil yang merokok.

 

Wallahu a’lam.

 

Rujukan:

Totori-Donati, Paolo; Rossi, Andrea; Biancheri, Roberta (2005). “Brain Malformations“. In Totori-Donati, Paolo; Rossi, Andrea; Raybaud, C. Pediatric Neuroradiology: Brain, Head, Neck and Spine 1. Springer. pp. 92–95

 

Croen, LA; Croen, Lisa A.; Shaw, Gary M.; Lammer, Edward J. (2000). “Risk Factors For Cytogenetically Normal Holoprosencephaly in California: A Population-Based Case-Control  b mn bvcb        MCCStudy“. American Journal of Medical Genetics (Wiley-Liss) 90 (4): 320–325.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top