Advertorial

Hindari Alahan Protein Susu

CMPA

Ramai ibu yang bekerja mengalami dilemma memberikan anak mereka susu formula atau susu tepung berasaskan susu lembu. Sebaik saja tamat cuti bersalin, mereka mencari-cari susu yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Susu yang mahal tidak semestinya susu yang terbaik..” jelas saya kepada seorang ibu. Dia kelihatan keliru dengan penjelasan saya.

“Susu ibu adalah susu yang paling murah dan susu yang paling baik”

Kanak-kanak terutama yang berusia satu tahun ke bawah amat memerlukan susu sebagai diet utama mereka, bagi membantu menyokong perkembangan fizikal dan mental terutama otak mereka sebelum meningkat dewasa.

Ia seperti menyiapkan pembentukan hardware bagi sebuah computer bagi memastikan semua software dapat di’download’ apabila mereka belajar di sekolah kelak.

Namun begitu selain memberikan susu formula untuk anak-anak, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum diberikan pada anak.

“Anak saya mengalami susu alahan pada susu lembu. Maknanya semua susu formula berasakan lembu tidak boleh diminumkah?”

Ada sesetengah kanak-kanak yang ditakdirkan mengalami masalah “Alahan Protein Susu Lembu” atau lebih dikenali sebagai CMPA (Cows Milk Protein Allergy). Ia merupakan alahan makanan terhadap protein yang kerap dialami oleh kanak-kanak di Asia, melibatkan tiga daripada 100 bayi.

Bagi ibubapa yang mempunyai sejarah keluarga ada yang menghidap asma dan alahan kulit seperti eczema, maka pemilihan susu formula haruslah dilakukan dengan lebih berhati-hati. Anak-anak dari ibubapa yang mempunyai sejarah keluarga seperti ini lebih mudah mengalami CMPA, sehingga anak-anak itu boleh mengalami mengalami masalah kekurangan nutrisi.

Oleh itu doctor harus memberitahu ibu bapa tentang cara-cara mengenal pasti sama ada anak mereka mengalami CMPA.

Ini kerana susu formula mengandungi protein lembu adalah protein asing pertama yang diperkenalkan kepada kebanyakan bayi. Protein susu lembu terdiri daripada lebih 30 jenis amino asid yang membentuk protein dalam susu itu.

Sebagai protein asing pertama yang diperkenalkan kepada bayi, maka tidak hairanlah susu lembu merupakan antara alahan makanan paling umum yang dialami oleh kanak-kanak.

Kebanyakan bayi menunjukkan petanda CMPA dalam tempoh bulan pertama kehidupan. Antara faktor risikonya termasuklah faktor genetik atau sejarah keluarga, tempoh singkat penyusuan susu ibu secara eksklusif dan pendedahan awal kepada susu lembu.

Kanak-kanak yang mengalami CMPA kebiasaannya mengalami gejala yang melibatkan saluran penghadaman mereka seperti muntah, kembung perut, dan cirit-birit. Ia juga boleh melibatkan sistem tubuh yang lain seperti ruam kulit dan batuk.

Dalam keadaan yang lebih, kanak-kanak itu boleh mengalami sembit dan mengeluarkan najis berdarah.

“Bolehkah masalah ini dirawat atau sembuh semula?”

Ini soalan cepumas. Jawabannya tidak straight-forward.

Sebilangan kecil pesakit telah ditakdirkan mengalami masalah embawa alahan ini sepanjang hayat mereka. Ini adalah suatu ujian keimanan bagi mereka. Redha dengan takdir ALLAH.

Namun begitu kita boleh berusaha. Jika susu lembu dikecualikan terus daripada diet selama dua hingga tiga tahun, ada peluang untuk kanak-kanak itu untuk mengalami toleransi dengan susu formula itu dan boleh mengambil susu itu pada kadar yang sedikit.

Toleransi protein susu lembu seperti ini berlaku sebanyak 9 peratus pada umur 4 tahun, 42 peratus pada umur 8 tahun dan 80 peratus pada umur 16 tahun. Mungkin apabila dewasa, dia telah bebas dari masalah CMPA.

Dalam pada masa yang sama, ibu bapa harus membezakan antara masalah CMPA yang boleh mengancam nyawa kanak-kanak dan masalah intolerans laktosa hanya menjejaskan sistem penghadaman, dan tidak semerbahaya CMPA.

Intoleransi laktosa disebabkan oleh kekurangan laktase, iaitu enzim yang dihasilkan oleh lapisan usus kecil manusia berfungsi untuk mencernakan gula laktosa dalam susu.

Ini mengakibatkan bayi mengalami ceret-beret, kembung perut dan sakit perut membuatkan mereka tidak selesa dan meragam di malam hari.

Intolerans makanan tidak sama dengan alahan makanan kerana ia tidak melibatkan sistem imun tubuh, bermakna anak anda boleh mengambil sus formula berasakan lembu. Cuma perlu memilih diet yang yang kurang berlaktosa.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top