Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Herba Cina berkesan untuk pesakit Rheumatoid Arthritis

Herba Cina berkesan untuk pesakit Rheumatoid Arthritis

Tripterygium wilfordii

 

Satu ekstrak tumbuhan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina didapati berkesan untuk rawatan jangka pendek penyakit Rheumatoid Arthritis.

Sebelum ini doctor akan memberikan ubat seperti methotrexate sebagai salah satu ubat untuk merawat Rheumatoid Arthritis.

Dalam kajian yang dilakukan mendapati bahawa kombinasi ekstrak tumbuhan dan Methotrexate dapat memberikan kesan yang optima. Ini bermakna kesan sampingan methotrexate dapat dikurangkan.

Kajian yang dilakukan selama 6 bulan, mendapati bahawa sebanyak 46.4% daripada pesakit yang menerima rawatan ubat methotrexate telah mendapat manfaat kelegaan dari rasa sakit, seperti mana yang dikategorikan oleh American College of Rheumatology. Sementara 55.1% pesakit yang menerima ekstrak tumbuhan Tripterygium wilfordii pula mendapat manfaat yang sama.

Yang menariknya apabila kedua-duanya digabungkan dan diberikan kepada pesakit sebanyak 76.8 % daripada pesakit menerima ubat-ubat ini mendapat kelegaan dari rasa sakitnya.

Kajian ini dipantau oleh Prof Dr Xuan Zhang, di Akademi Sains Perubatan China di Beijing, bersama rakan sekerja beliau.

Tripterygium wilfordii adalah tumbuhan yang telah digunakan semenjak dulu lagi dalam masyarakat perubatan China untuk melegakan rasa sakit sendi, keradangan, bengkak sendi, dan demam.

Ekstrak tumbuhan ini mengandungi bahan aktif diterpenoids yang berfungsi sebagai anti-inflammatory dan immunoregulatory untuk menghalang pembentukan cytokines, cyclooxygenase-2 dan prostaglandin E2 yang menyebabkan sendi menjadi bengkak dan rasa sakit.

Ekstrak tumbuhan ini diambil dari akarnya.

Bagi mengesahkan lagi keberkesanannya satu kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Prof Dr Peter E. Lipsky, menggunakan ethanol/ethyl acetate extract dalam kajian mereka di Parkland Memorial Hospital, Dallas, USA.

Primary source: Annals of the Rheumatic Diseases
Source reference: Lv Q-w, et al “Comparison of Tripterygium wilfordii Hook F with methotrexate in the treatment of active rheumatoid arthritis (TRIFRA): a randomized, controlled clinical trial” Ann Rheum Dis 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!