Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.

Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.

 

Jual ubat

 

Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid.  Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid  ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta.

 

Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput.

 

Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut.

 

Ubat itu dipercayai dicampur dengan steroid bagi mendapat kelegaan cepat. Mengambil ubat tanpa kawalan dalam waktu yang lama menyebabkan beliau mengalami kereputan tulang.

 

Namun begitu ubat yang dianggap merbahaya ini amat diperlukan bagi menyelamatkan sesetengah pesakit. Sebagai contoh, pesakit yang diserang bronchospasm akibat alahan, dapat diselamatkan dengan memberikan suntikan steroids.

 

Begitu juga mangsa kemalangan jalanraya yang mengalami kecederaan urat saraf tunjang, jika tidak diberikan suntikan steroid, dia mungkin mengalami kelumpuhan seumur hidup.

 

Antara ubat steroid yang sering digunakan ialah ubat prednisolone yang dikategorikan dalam kumpulan ubat corticosteroid. Ia digunakan untuk merawat penyakit serangan asthma, merawat penyakit autoimmune seperti SLE, dan beberapa penyakit kulit bagi membantu pesakit mendapat kelegaan kerana mengurangkan radang (inflammation).

 

Ubat prednisolone yang diberikan oleh doctor adalah mempunyai dose yang rendah dan terkawal. Oleh itu ubat steroids harus diberikan setelah mendapat nasihat doctor. Ia tidak boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi.

 

Jadi berhati-hatilah membeli ubat, walaupun mungkin murah dan berkesan, tapi kesan jangka panjang yang amat merbahaya..

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: