Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » KESUBURAN » HARI SUBUR WANITA BERMASALAH

HARI SUBUR WANITA BERMASALAH

Ramai wanita yang lambat hamil. Mengapa?

Tidak semua wanita mempunyai hari subur wanita yang tetap pada setiap bulan. Terdapat juga wanita yang mengalami masalah untuk mendapat hari subur wanita. Ini menyebabkan mereka sukar hamil.

APAKAH HARI SUBUR? BACA http://drzubaidi.com/blog/hari-subur-wanita/

Apakah punca tidak mengalami hari subur wanita?

1. Masalah berat badan yang sesuai.

Dalam satu rencana yang diterbitkan oleh American Society for Reproductive Medicine menjelaskan bahawa wanita yang memiliki berat badan yang berlebihan atau rendah lebih berisiko untuk mengalami malah kitaran yang yang tidak menentu. Ini akan menyebabkan hari subur wanita sukar diperolehi.

2. Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Polycystic Ovarian Syndrome adalah salah satu punca utama masalah ketidaksuburan. Mereka mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu dan tidak mengalami hari kesuburan wanita. Antara tandanya adalah masalah insulin resistance, masalah berat badan berlebihan, pertumbuhan bulu yang berlebihan dan jerawat. Dalam pemeriksaan ultrasound, terdapat banyak cyst dalam ovari.

BACA LAGI BERKAITAN PCOS DI http://drzubaidi.com/blog/sindrom-ovari-polisistik-pcos/

3. Masalah fungsi kelenjar hypothalamus

Kelanjar hypothalamus berada dalam otak. Fungsinya akan terganggu apabila seorang wanita mengalami masalah stress fizikal (terlalu penat) dan stress emosi (terlalu risau). Ia akan mengganggu hari subur wanita. Cuba kawal stress sebaiknya.

APAKAH TANDA HARI SUBUR WANITA? BACA http://drzubaidi.com/blog/hari-subur-wanita/

4. Masalah premature ovari insuffiency

Ia adalah keadaan di mana ovari tidak lagi menghasilkan ovum (telur wanita) ketika seorang wanita itu masih mudah sebelum usia 40 tahun. Ini mungkin disebabkan oleh rawatan kimoterapi, radioterapi (di bahagian pelvis), dan pembuangan ovari akibat kanser. Selain dari itu masalah berkaitan hormone jugaa mengganggu fungsi ovari sehingga mereka tidak mengalami hari subur wanita.

5. Masalah endometriosis

Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen.

Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam kawasan pelvik. Akhirnya menyebabkan lekatan pada organ dalam kawasan itu seperti usus, saluran fallopian dan pundi kencing. Akhirnya menyebabkan masalah kesuburan.  Endometriosis menyebabkan seorang wanita tidak mengalami hari subur wanita.

BACA TENTANG TANDA-TANDA ENDOMETRISOSIS DI http://drzubaidi.com/blog/sukar-hamil-sebab-endometriosis/

6. Kelebihan hormon prolaktin (hiperprolaktinemia)

Hiperprolaktinemia adalah keadaan di mana tahap hormon prolaktin dalam darah menjadi lebih tinggi dari kadar yang normal. Hormon ini dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang berada di pangkal otak. Fungsi hormone ini untuk meningkatkan produksi susu ibu setelah melahirkan. Peningkatan hormon prolactin akan menyebabkan wanita tidak mengalami hari subur wanita. Ia disahkan dengan pemeriksaan darah.

Semoga bermanfaat.

Ingin mengetahui cara membetulkan kitaran haid dengan pendekatan Perubatan Melayu Lama? Kacip Fatimah dapat membantu

KACIP FATIMAH PHYTOPLUS adalah produk herba yang disediakan oleh Phyto Biznet Sdn Bhd iaitu anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Setiap kapsul mengandungi Labisia pumila (Kacip Fatimah) 40mg dan Croton caudatum (Manjakani) 10mg. Dos satu atau dua biji setiap hari selepas makan, pagi dan malam. Bagus untuk meningkatkan tenaga, memulihkan kitaran haid, memulihkan kesihatan selepas bersalin atau keguguran dan meningkatkan hubungan suami isteri.

Sebotol RM90 tidak termasuk pos. Boleh dapatkan di http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=4661f106-f239-4e56-a869-c6651f278106

Pertanyaan boleh wassap ke pada saya Dr Zubaidi bin Hj Ahmad. www.wasap.my/60197022391.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: