Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Ulasan Berita » Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula

Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula

Saya amat kagum dengan kepakaran yang dimiliki oleh satu pasukan pakar pembedahan di Hospital Brigham dan Wanita di Boston. Saya percaya ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh Allah kepada Dr Bohdan Pomahac yang mengetuai pasukan ini adalah satu rahmat dari-NYA.

Masakan tidak beberapa kes kerosakan muka yang teruk telah berjaya dipuilihkan dengan izin Allah. Sebelum ini James Maki telah berjaya dibedah pada 9 April 2009 di hospital yang sama.

Walaupun James Maki memerlukan beberapa pembedahan plastik seterusnya, namun wajah barunya tetap lebih baik dari ‘muka tanpa wajah’ sebelum ini.

Kali ini seorang pekerja pembinaan,  Dallas Wiens, berumur 25, telah menjalani pembedahan untuk pemindahan hidung, bibir, kulit, otot muka dan saraf dari seorang penderma tisu yang baru meninggal dunia.

Dallas mengalami musibah yang amat ngeri dan dahsyat apabila dia terlanggar wayar elektrik ketika mengecat sebuah gereja pada November 2008. Mukanya mengalami kecederaan melecur yang teruk dan matanya menjadi buta.

Pembedahan selama 15 jam telah berjaya dilakukan pada 21 mac 2011  oleh Dr Bohdan Pomahac dan pasukannya di Hospital Brigham dan Wanita di Boston.

Menurut Dr Bohdan Pomahac, Dallas Wiens tidak mendapat ‘wajah’nya semula atau wajah penderma tisu, tetapi ia adalah “wajah kombinasi seakan-akan wajah dulu dan wajah penderma”. Pembedahan ini juga tidak memulihkan penglihatannya yang buta.

Walau beliau tidak dijanjikan untuk mendapat semula wajah seperti dulu dan banyak kecacatan yang mungkin tidak dapat diperbaiki, semangat untuk terus hidup diperolehi daripada anak perempuannya.

Semoga satu hari nanti ada doktor di Malaysia mampu melakukan pembedahan yang sama agar mangsa kemalangan ini dapat meneruskan perjuangan hidupnya.

 

Wallahu a’lam

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad 280311

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!