Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » Hamilkah saya bila ‘Ultrasound Kosong’ ?

Hamilkah saya bila ‘Ultrasound Kosong’ ?

Endo

Assalam mu alaikum Dr Zubaidi Ahmad, saya ingin bertanya mengenai masalah saya. Saya mengalami rasa sakit di  bahagian ari-ari seperti kedatangan haid, pada hal haid saya lambat lagi. Ini menyebabkan saya tidak selesa untuk meneruskan kerja untuk beberapa hari.

 

Saya telah berkahwin pada pertengahan tahun lepas dan mengalami keguguran dua bulan selepas itu. Kitaran haid saya normal. Buat masa ini sayamengamalkan acid folic dan habatuus saud.

 

Untuk pengetahuan doktor, saya setiap kali kedatangan haid, saya akan mengalami masalah senggut yang agak teruk. Doktor pakar yang memeriksa saya mengatakan saya normal.

 

 

Pada akhir tahun lepas saya mengalami sedikit pendarahan untuk beberapa hari. Pendarahan ini berulang semula pada akhir Jan 2013.

 

Saya menjalan ujian UPT di rumah dan mendapatinya positif. Saya terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, namun doktor pakar sakit puan yang menjalankan ultrasound transvaginal mengatakan tidak nampak apa apa. Rahim kosong. Saya diberi Duphaston untuk 10 hari dan diminta untuk jumpa semula doktor pakar tersebut pada semua minggu depan nanti.

 

Malam selepas scan, saya mengalami bleeding yg agak banyak, tetapi ujian pada keesokkan harinya, masih positif. Pagi ini saya masih megalami pendarahan tetapi ujian UPT saya masih positif.

 

Saya amat berharap doktor dapat memberi sedikit pandangan kepada ujian yang saya alami sekarang ini. Saya juga sentiasa mendoakan agar dipermudakan untuk saya mendapat zuriat dalam masa yang terdekat ini.

 

Doktor andaikata rezeki saya untuk memilik zuriat bukan kali ini, mohon nasihat doktor untuk amalan dan pemakanan sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat.

 

Perlukan saya rawatan kesuburan atau lain-lain rawatan?
Semoga penerangan dari doktor dapat membantu untuk saya mengambil tindakan selanjutnya…insyallah

terima kasih

 

 

 

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

 

Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah puan. Sesungguhnya ini adalah ujian ALLAH untuk puan dan saya ucapkan tahniah kerana puan bersabar dengan ujian yang diberikan.

 

 

Hanya orang yang bersabar dengan ujian ALLAH adalah orang yang beruntung kerana tujuan setiap ujian yang diberikan kepada setiap manusia adalah untuk menguji siapa di antara kita yang baik amalannya walaupun diuji.

 

 

Saya berpendapat puan mungkin mengalami masalah di bahagian pelvis, iatu di bahagian abdomen bawah pusat. Ini kerana puan mengalami senggugut yang agak kuat.

 

Walau bagaimana pun, saya juga hairan dengan keadaan yang puan alami keadaan di mana pemeriksaan UPT positif, tetapi pemeriksaan ultrasound transvaginal tidak menunjukkan apa-apa, sedangkan pemeriksaan ini amat sensitive dan boleh dikatakan sebagai ‘kata pemutus’ sama ada puan hamil atau tidak, kerana ia dapat mengesan kewujudan janin di peringkat awal kehamilan.

 

Malah pada kebiasaannya pemeriksaan transvaginal ultrasound mampu mengesan masalah-masalah dalam pelvis seperti  Ovarian Cyst, Fibroid dan ketumbuhan lain dalam pelvis. Malah janin juga dapat dilihat pada usia kehamilan 4-5 minggu.

 

Cara terbaik bagi mengsahkan kehamilan puan ialah dengan melakukan pemeriksaan darah untuk hormone hCG. Selalunya jika seseorang wanita hamil, bacaan hormone hCG melebihi 1500 mIU.

 

Atau puan boleh melakukan pemeriksaan ultrasound transvaginal semula dengan doctor lain bagi mendapat pandangan kedua. Ramai wanita yang mengalami di mana, pemeriksaan kali kedua menunjukkan mereka sebenarnya hamil kerana doctor lain yang pemeriksaan ultrasound transvaginal dapat mengesan kewujudan janin dalam rahem. Malah mungkin mereka dapat mengesan masalah-masalah lain di dalam rahem dan di sekitar pelvis.

 

Andai kata puan tidak hamil, saya mencadangkan puan dan suami menjalani pemeriksaan kesuburan di mana-mana klinik kesuburan.

 

Pemeriksaan kesuburan yang lengkap dan sempurna membantu puan untuk cepat hamil, di samping amalan-amalan ukhrawi seperti solat hajat dan bersedekah.

 

Ada beberapa pesakit saya yang hamil kerana amalan bersedekah yang ikhlas, di samping mengamalkan terus folic acid. Mohonlah pertolongan ALLAH bersungguh-sungguh.

 

Semoga puan dipermudahkan untuk hamil.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: