Advertorial
Home » Doktor Menjawab » hamil walaupun UPT negatif

hamil walaupun UPT negatif

UPT NEGATIF TETAPI HAMIL
upt
 
“Salam doktor, saya berusia 32 tahun dan sudah tidak datang haid selama 5 minggu. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan UPT dan mendapati keputusannya negatif. Adakah sah saya tidak hamil?”
 
WA ALAIKUM MUS SALAM
 
Mengikut pengalaman saya, tidak datang haid selama 5 minggu dari tarikh akhir haid pertama yang lepas atau seminggu dari tarikh haid yang sepatutnya, masih dianggap sebagai terlalu awal.
 
 
Ini kerana kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari. Oleh itu tidak datang haid sehingga hari ke 35 atau minggu ke 5 masih dikira normal, dan mungkin tidak hamil.
 
 
Selepas 2 minggu dari tarikh sepatutnya atau 6 minggu dari tarikh haid pertama pada bulan terakhir adalah lebih tepat untuk melakukan pemeriksaan UPT.
 
 
Oleh itu jika puan mendapat keputusan negatif, ini mungkin kerana jumlah hormon hCG yang berada dalam air kencing belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan.
 
 
Ia biasa berlaku di awal kehamilan, apabila tahap hormon ini belum cukup tinggi untuk dikesan. Saya mencadangkan puan melakukan ujian UPT semula selepas satu minggu atau minggu ke 6.
 
 
 
Namun begitu ada beberapa jenama alat penguji kehamilan UPT lebih sensitif daripada yang lain. Alat UPT yang lebih sensitif dapat mengesan hormon hCG dalam air kencing walaupun sedikit bagi mengesahkan kehamilan puan.
 
 
Keputusan ujian UPT dapat dilihat dalam masa tiga hingga lima minit, dan tidak perlu menunggu sehingga setengah jam.
 
EKF
 
 
Banyak suplemen yang membantu keseimbangan hormon dan mengembalikan kitaran haid wanita. Selalunya saya cadangkan pengambilan Vitamin C dan E bersama Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.

MOHON KE FARMASI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI  http://needsvenue.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top