Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Hamil tetapi mengalami Haids?

Hamil tetapi mengalami Haids?

 

Salah satu tanda kehamilan ialah tidak dating darah haids pada tarikh sepatutnya. Oleh itu saya berasa amat pelik jika ada wanita yang mengaku hamil dan mengalami haids.

 

Ini satu kekeliruan. Kedatangan haids dan kehamilan ibarat malam dan siang. Mana mungkin malam dan siang berlaku serentak. Begitu juga dengan kehamilan dan kedatangan haids. Mustahil orang yang hamil akan kedatangan haids kerana kedua-duanya tidak berlaku serentak.

 

Kekeliruan ini juga menyebabkan doctor mengira tarikh dijangka melahirkan bayi (date of delivery) pada tarikh yang salah. Masalah ini selalunya diselesaikan dengan bantuan pemeriksaan ultrasound.

 

Sebenarnya mereka mengalami pendarahan di awal kehamilan, bukannya kedatangan darah haids. Darah yang keluar dari faraj dan seolah-olah darah haids. Tetapi pendarahan di awal kehamilan dan kedatangan haids adalah suatu yang berbeza.

 

Kalau dari segi syarie, orang yang kedatangan haids tidak perlu solat dan berpuasa, sementara orang yang hamil dan mengalami pendarahan di awal kehamilan wajib bersolat dan berpuasa kerana darah itu bukan darah haids.

 

Pendarahan haids berlaku apabila rahem mengalami perubahan pada struktur dalamnya. Sel-sel pada sebelah dinding dalam rahem (yang dinamakan endometrium) akan mengalami penebalan sebagai persediaan untuk menerima telur ovum yang telah disenyawakan. Ia ibarat menyediakan tanah yang subur untuk menanam benih.

 

 

Namun begitu jika telur ovum tidak disenyawakan, dengan kata lain seseorang itu tidak hamil, maka sel-sel rahem endometrium ini akan dikeluarkan bersama-sama darah pada dinding rahem. Ketika inilah berlakunya pendarahan haids.

 

Jika telur ovum yang telah disenyawakan itu melekat dan ‘tertanam’ ke dalam sel-sel rahem endometrium, maka hormone progesterone yang dikeluarkan dari ovari dan uri dari pembentukan janin (embryo) akan menyebabkan lapisan sel endometrium semakin menerbal untuk membantu dan menyokong pembesaran janin. Oleh itu, sel-sel endometrium ini tidak akan keluar bersama darah rahem sehingga tempuh kehamilan berakhir.

 

Pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku, sama ada ia menandakan sesuatu yang agak serius atau mungkin sesuatu yang agak normal.

 

Sebahagian wanita  mengalami pendarahan yang agak sedikit atau dipanggil spotting di awal kehamilan mereka, kebetulan pula bertepatan pada hari mereka sepatutnya kedatangan darah haids.

 

Jadi mereka menyangka bahawa mereka sedang mengalami haids, sebelum mereka mengetahui kemudian bahawa sebenarnya mereka sedang hamil. Pendarahan ini dinamakan “implantation bleeding” disebabkan telur ovum yang telah disenyawakan sedang ‘tertanam’ ke dalam sel-sel rahem endometrium yang kaya dengan saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrisi. Pendarahan ini selalaunya sedikit dan akan berakhir dengan sendirinya antara 2-3 hari.

 

Begitu juga di awal kehamilan boleh berlaku pendarah apabila doctor melakukan pemeriksaan faraj atau ‘Pap smear’. Pendarahan juga berlaku apabila melakukan hubungan kelamin di awal kehamilan.

 

Pendarahan di awal kehamilan juga menandakan sesuatu yang lebih serius, seperti tanda keguguran atau kehamilan di luar rahem. Ia bukan saja boleh menyebabkan kematian pada janin yang berada dalam rahem tetapi juga nyawa ibu yang hamil. Oleh itu jika mengalami pendarahan seperti ini, harus segera berjumpa doctor untuk pemeriksaan, terutam jika pendarahan tidak berhenti selepas beberapa hari.

 

Tidak kiralah sama ada pendarahan itu sedikit atau banyak, dan sama ada ia disertai dengan sakit perut atau tidak, suami wanita itu harus mengusahakan agar isteri mereka diperiksa sekurang-kuranganya untuk pengesahan kehamilan dan ultrasound bagi melihat kedudukan janin sama ada berada dalam rahem atau di luar rahem.

 

Wallahu a’lam.

 

 

26 comments

  1. Dr,period sy dtg awal 3 hari sblm due period.Adakah itu normal?sy br berkahwin sebulan lebih.sblm kahwin,period sy mmg dtg tetap tiap bulan.

  2. sy prnah de pngalaman cmni..actually mmg bkn haid..sy mngalami kguguran..sy de tny dktor, mmg org pregnant xkn klua haid..ia sma ada implantation bleeding or tnda2 threaten misscarriage..tp doc, de gak wnita yg pregnant drh 2 klua evry month cm priod..cmne 2 ye?

  3. Assalamualaikum doctor,

    Apakah punca berlakunya pendarahan selepas
    melakukan hubungan seks pada peringkat
    awal kehamilan?Selepas di periksa, doctor mengesahkan
    janin masih selamat.Adakah ianya normal dalam kehamilan?

  4. Assalamualaikum doc,

    sy berusia 23 tahun.kebiasaannya saya mengalami haid dimana ada ketulan2 darah akan keluar pd hari pertama sampai hari ketiga haid. bulan pertama selepas kahwin, sy keguguran selepas menghabiskan sebotol besar air coke dan makan acar nenas. pada masa itu, sy masih ragu2 tentang status diri sy kerana ujian UPT adalah negatif. jadi, pada bulan kedua, haid sy datang awal 3 hari dari tarikh bulan lepas, tetapi perubahan warna darah dan tiada langsung ketulan2 seperti biasa.darah haid sy selalunya merah kehitaman, tetapi kali ni seperti darah luka..merah dan dipenghujungnya (hari akhir) keluar wrna coklat segaris kemudian besoknya tiada (haid berakhir). adalah perubahan keadaan haid ini disebabkan oleh kehamilan?sy tidak melakukan sebarang ujian lg kerana tidak mahu kecewa.selain itu, sy merasakan beberapa tanda dan perubahan yg kebiasaannya dialami org hamil, tetapi sy tidak mahu melayan fikiran sy dengan isu hamil.terbaru, sy merasakan sendi dan gg saya seolah2 tidak cukup kalsium.gg saya rasa sedikit goyang dan sy tidak lalu menjamah nasi ketika berbuka.hrp doc dpt bagi penerangan kepada sy.

  5. Salam,dsy berusia 29 taun n baru stahun brkahwin serta belum memilik cahyamata,slepas sy bersama suami ,saya mengalami sakit perut dan terus kluar air seperti air ketuban dengan banyaknya sebelum menjadi darah seperti haid selama 3 hari..sy sudah datang haid 2 minggu lepas.Sy pergi scan di klinik alhmdulilah tiada sbarng ketumbuhan…tetapi doctor cadangkan sy mbuat pap smear test.pe ondapat doctor?Harap doctor dapat membantu sy..

    • Salam,dsy berusia 29 taun n baru stahun brkahwin serta belum memilik cahyamata,slepas sy bersama suami ,saya mengalami sakit perut dan terus kluar air seperti air ketuban dengan banyaknya sebelum menjadi darah seperti haid selama 3 hari..sy sudah datang haid 2 minggu lepas.Sy pergi scan di klinik alhmdulilah tiada sbarng ketumbuhan…tetapi doctor cadangkan sy mbuat pap smear test.pe ondapat doctor?Harap doctor dapat membantu sy..

      Dr Zubaidi: Wsalam. Adakah ini kali pertama puan mengalami keadaan ini, iaitu sakit perut selepas bersama suami dan mengalami air yang banyak keluar dari faraj? Tentang Pap smear, saya mendapati tiada masalah untuk puan melakukannya.

      • rasanya 2 3 kali juga sy alami masalh sakit perut semasa bersama dan 1st time sy alami keluar air yg banyak sperti tsebut..pe pndapat doc?TQ

  6. Dr, sy sepatutnya period pd 1 nov lps. Tp yg keluar hanya sedikt darah bersama lendir. Adalah itu tnda awal kehamilan?. Sy dh buat dua kali ujian kehamilan tetapi hasilnya -ve. Hr ni dah 3 hr lewat period. Perlu ke sy pegi jumpa doctor atau tunggu sehingga delay period seminggu? Tq

    • Dr, sy sepatutnya period pd 1 nov lps. Tp yg keluar hanya sedikt darah bersama lendir. Adalah itu tnda awal kehamilan?. Sy dh buat dua kali ujian kehamilan tetapi hasilnya -ve. Hr ni dah 3 hr lewat period. Perlu ke sy pegi jumpa doctor atau tunggu sehingga delay period seminggu? Tq

      Dr Zubaidi: Saya mencadangkan puan untuk menunggu 2 minggu melakukan semula pemeriksaan UPT. Mungkin dalam masa menunggu itu, darah haids puan akan mula keluar. Jika masih tidak datang haids, puan boleh berjumpa doctor untuk melakukan beberapa ujian termasuk ujian ultrasound dan pemeriksaan hormone dalam darah.

  7. siti suhaidah salleh

    Assalam doktor….sy mengalami ketumbuhan fibroid & cyst,setalh membuat rawatan,cyst sudah tiada & fibroid mengecut…period sy yg terbaru ni lewat 1 hari….1 mmgu sebelom period saya mengalami sakit pinggang yg teramat sangat & sakit di atas ari2 sebelah kiri..period dtg cume 3 hari,1 hari darah dan selebih nya kehitaman yg keluar (period sebelum2 ni x pernah seperti ini)….2 hari sebelom period ade buat UPT – Negetif….adakah itu normal ?…atau tanda sy boleh mengandung lagi..

    • Soalan: Assalam doktor….sy mengalami ketumbuhan fibroid & cyst,setalh membuat rawatan,cyst sudah tiada & fibroid mengecut…period sy yg terbaru ni lewat 1 hari….1 mmgu sebelom period saya mengalami sakit pinggang yg teramat sangat & sakit di atas ari2 sebelah kiri..period dtg cume 3 hari,1 hari darah dan selebih nya kehitaman yg keluar (period sebelum2 ni x pernah seperti ini)….2 hari sebelom period ade buat UPT – Negetif….adakah itu normal ?…atau tanda sy boleh mengandung lagi..

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Boleh saya tahu umur puan dan bila puan melakukan pembedahan fibroid dan cyst? Boleh juga saya tahu tarikh haids dan berapa lama masa puan haids untuk 6 bulan sebelum ini?

  8. Salam Dr.
    Sy disahkan hamil slpas mgalami keguguran…tetapi sy mengalami pendarahan…kadang2 klua byk,dan kdg2 klua sikit sahaja…tp boleh dikatakan hari2 sy kluar darah…
    Boleh dikatakan hari2 sy bjumpa Dr. utk tanyakn kandungan sy dan mbuat ultrasound dan jantung kndungan sy masih berdegup…Dr menyatakan ada darah beku,itu yg myebabkn berlaku pendarahan…kandungan sy baru berusia 10 minggu…jika keadaan ini berlarutan…adakah ianya akan memudaratkn kandungan sy…

  9. salam dr.. saya sekarang tgh confius.. saya x tahu darah yg kuar skrg darah haid ataupun implantation bleeding.. darah ni keluar 6hari awal dr due period.. dan darah ni hanya keluar sehari sahaja.. hari kedua hanya spotting.. saya risau sangat.. saya tak tahu ni darah apa, haid ataupun darah lain.. saya ada buat upt tp hasilnya -ve.. mohon dr beri penjelasan..

    • salam dr.. saya sekarang tgh confius.. saya x tahu darah yg kuar skrg darah haid ataupun implantation bleeding.. darah ni keluar 6hari awal dr due period.. dan darah ni hanya keluar sehari sahaja.. hari kedua hanya spotting.. saya risau sangat.. saya tak tahu ni darah apa, haid ataupun darah lain.. saya ada buat upt tp hasilnya -ve.. mohon dr beri penjelasan..

      Dr Zubaidi: saya berpendapat itu darah haids. ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone. nasihat saya puan tandakan pada kelendar setiap kali ada pendarahan. Ini akan membantu puan membesarkan antara darah haid dan istihadah.

  10. Salam dr.
    Saya sedikit konfius.. bln Nov/12 period saya dtg 29-06dis/12.
    Januari 2013 15& 16hb ada sedikit tompokan darat tp lepas tue haid dtg 18hbjan-26jan13. Lpas period kami suami isteri demam 3hari..
    So, xpala..saya abaikan tp 03hb feb baru ni ada tompokan darah coklat pink, hanya sikit saja.. kenapa yer jadik mcmtue.
    Badan pun makin naik, tambah2 perut..
    mohon nasihat apa nak buat.. tq dr.

  11. Hamba Yang Redha

    As salam Dr. ,
    Saya ada buat ujian kehamilan (2 kali) and both +ve. tetapi, 2 hari lepas, saya dapati ada bleeding yang sangat banyak & berketul2 ..darah bewarna brownish & merah kehitaman..adakah saya mengalami keguguran?

    • As salam Dr. , Saya ada buat ujian kehamilan (2 kali) and both +ve. tetapi, 2 hari lepas, saya dapati ada bleeding yang sangat banyak & berketul2 ..darah bewarna brownish & merah kehitaman..adakah saya mengalami keguguran?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut kebiasaannya, puan mengalami ‘threated abortion’ iaitu satu keadaan di mana kehamilan puan dalam bahaya untuk gugur. Namun begitu perlu diperiksa semula air kencing, hormon hCG dalam darah dan pemeriksaan ultrasound. Saya banyak menulis mengenai pendarahan di awal kehamilan dan harap puan dapat memanfaatkan darinya.

  12. As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 13 tahun dari 2000- 2013,pernah membuat laparoskopi 2x( cyst dan endometriosis di kilang telur telah berjaya dikeluarkan dan kedua2 belah ovary boleh digunakan sehingga sekarang telah melakukan ivf 2x tapi still tiada rezeki lagi…sekarang period saya dari date 25/2-4/3/13 sudah habis. selang 3 hari iaitu pada 7/3/13 hingga sekarang sekarang ada darah keluar stanning beserta dengan sakit dan tegang kedua2 breast saya.saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah…

    • Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa susah hati. Banyaklah berdoa semua apa yang puan fikirkan itu tidak akan menjadi kenyataan. Saya tidak menafikan bahawa pendarahan selepas melakukan Pap smear bukanlah suatu yang biasa berlaku. Apatah lagi jika pendarahan itu akan teruk sehingga terpaksa melakukan prosedur cauterization. Namun begitu pendarahan boleh berlaku kerana ketika prosedur pap smear, sedikit sel diambil dari permukaan pangkal rahem menggunakan spatula plastik. Walau pun prosedur ini tidak sakit, namun pengambil sel secara scraping boleh menyebabkan pendarahan tetapi ia selalunya minimal dan berhenti dengan sendirinya. Nasihat saya ialah janganlah terlalu risau. Tunggu sehingga keputusan pap smear diberikan pada puan. Banyakkanlah berdoa dan bersedekah. Buat masa sekarang anggaplah pendarahan itu disebabkan lukan kecil akibat pap smear. Puan boleh email saya jika keputusan Pap smear puan telah keluar. Saya doakan keputusan puan nanti adalah NORMAL.
      Wallahu a’lam.

  13. Assalammualaikum doktor,

    saya nak tanya lah, bulan lepas saya datang haid pada 8/2/2013, tetapi pada bulan ni haid saya datang pada 21/3/2013. Jadinya dalam pengiraan saya, mungkin saya lewat dalam 9 hari (kerana kitaran saya tidak betul). bila saya buat UPT, keluar Evaporation Line. dan saya buat lagi sekali, tiada lagi line kedua dan selepas itu saya datang haid.(yang ini 21/3/2013). pada hari ini, haid saya dah kering dan saya rasa senak dan sebu perut. apakah tanda itu doktor? adakah itu normal? saya sudah berkahwin 4 bulan.

    • Assalammualaikum doktor,saya nak tanya lah, bulan lepas saya datang haid pada 8/2/2013, tetapi pada bulan ni haid saya datang pada 21/3/2013. Jadinya dalam pengiraan saya, mungkin saya lewat dalam 9 hari (kerana kitaran saya tidak betul). bila saya buat UPT, keluar Evaporation Line. dan saya buat lagi sekali, tiada lagi line kedua dan selepas itu saya datang haid.(yang ini 21/3/2013). pada hari ini, haid saya dah kering dan saya rasa senak dan sebu perut. apakah tanda itu doktor? adakah itu normal? saya sudah berkahwin 4 bulan.

      Dr Zubaidi: Puan tidak hamil dan sebu/senak perut mungkin menandakan puan akan datang haid tidak lama lagi.

  14. Assalamualaikum dr..sy berumur 28 tahun..dan telah berkahwin pada 2010.
    pada tahun 2012..saya telah mengalami misscariage pada usia kandungan 20 minggu..sebelum itu..saya ada pergi ke kampus (kerana sy seorg plajar pjj) selama 2 minggu. Un4uk pengetahuan dr..ini merupakan kandungan yg pertama sy dan saya semasa di masukkan ke hospital, saya telah d diagnoskan sebagai incompetence cervic. Saya ingij mendapatkN kepastian tentang diagnosis tersebut..adakah k3rana sy letih atau ada mengangkat beg berat?dan adakah disebabkan diagnosis ini saya sukar untuk hamil lagi? Kerana sehingga kini saya blum ada rezeki hamil lagi..kini saya amat berharap untuk hamil lagi tetapi trauma itu masih ada

    • “Assalamualaikum dr..sy berumur 28 tahun..dan telah berkahwin pada 2010. Pada tahun 2012..saya telah mengalami misscariage pada usia kandungan 20 minggu..sebelum itu..saya ada pergi ke kampus (kerana sy seorg plajar pjj) selama 2 minggu. Untuk pengetahuan dr..ini merupakan kandungan yg pertama sy dan saya semasa di masukkan ke hospital, saya telah d diagnoskan sebagai incompetence cervic. Saya ingin mendapatkan kepastian tentang diagnosis tersebut..adakah kerana saya letih atau ada mengangkat beg berat?dan adakah disebabkan diagnosis ini saya sukar untuk hamil lagi? Kerana sehingga kini saya blum ada rezeki hamil lagi..kini saya amat berharap untuk hamil lagi tetapi trauma itu masih ada.”

      Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan puan. Incompetent Cervix, adalah keadaan di mana servix (pangkal rahem) tidak cukup kuat untuk menampung kandungan dalam rahem (bayi dan air tuban) dan menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran. Keletihan dan mengangkat berat bukanlah punca utama berlakuknya incompetent cervix. Ia juga tidak menyebabkan seorang wanita sukar untuk hamil, tetapi menyebabkan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan mereka sehingga kehamilan matang. Untuk hamil semula saya mencadangkan puan melakukan pengiraan HARI SUBUR jika kitaran haid puan normal.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: