Advertorial
Home » Doktor Menjawab » hamil selepas terlanjur dan guna postinor

hamil selepas terlanjur dan guna postinor

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR

 

Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini.

 

 

Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid.

 

 

Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6.

 

 

Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan dan saya betul2 menyesalinya). Pihak lelaki mengesa saya untuk menggambil postinor 2. Saya mengambil pil yang pertama 24jam selepas melakukan hubungan dan pil yg kedua 12jam selepas pil pertama.

 

 

Saya berhenti mengambil Medroxyprogestrone selama 2 hari bermula hari saya mengambil postinor dan hari yang berikutnya.

 

 

Hari yang ke-3, saya merujuk ke klinik panel kerana merasa tidak selesa di bahagian perut dan sedikit lendiran coklat keluar namun tidak berterusan. Doktor mengata itu normal dan menyuruh saya menyambung semula medroxyprogestrone seperti biasa sehingga habis pil. Untuk kitaran ke 2 saya mengakui selain dari 2 hari tidak mengambil medroxyprogestrone(ketika mengambil postinor) saya juga terlewat mengambilnya dari waktu yg sepatutnya.

 

 

Pil terakhir untuk kitaran ke 2 telah habis di ambil pada 11/7 yang lalu.

 

 

Soalan saya:

  1. Sehingga ke hari ini ,13/7 saya masih tidak period. Merasa bloating, dan angin. Adakah ini normal? Berapa lama untuk saya menunggu sehingga saya datang period?

 

 

  1. Bolehkah saya hamil? memandangkan saya sedang mengambil medroxyprogestrone dan kemudian mengambil postinor 2 Pihak lelaki tidak pasti sama ada melakukan pancutan atau pon tidak.

 

  1. Perlukah saya melakukan UPT?

 

 

Untuk makluman doktor, kitaran haid saya dari September 2017 – Mac 2018 adalah sekitar 30 – 40 hari. Sebelum saya mengalami pendarahan tanpa henti dan mengambil medroxyprogestrone.

 

 

Penjelasan doktor amatlah saya harapkan. Mohon jasa baik doktor dan terima kasih di atas masa yang diluangkan.

 

 

Walaikumusalam.

 

Sepatutnya selepas ambil Postinor, perlu ambil medroxyprogestrone acetate kerana tujuan ambil postinor adalah untuk mengeluarkan ovum yang mungkin telah dipersenyawakan. Tandanya ialah dengan datang pendarahan serupa haid.

 

Sementara medroxyprogestrone acetate akan menebalkan endometrium (dinding rahem sebelah dalam), ini akan menggalakkan perkembangan janin.

 

Walau bagaimana pun itu hanyalah pendapat saya. Doktor yang memeriksa puan mungkin mempunyai alasan yang kuat untuk mencadangkan puan meneruskan medroxyprogestrone acetate.

 

Pemeriksaan UPT dan ultrasound terlalu awal, tidak akan menunjukkan sebarang tanda.

 

Nasihat saya tunggu dan lakukan pemeriksaan selepas 6 minggu.

 

Rasa tidak selesa pada abdomen mungkin disebab kesan sampingan dari Postinor.

 

Saya mencadangkan puan terus melakukan pemeriksaan ulangan dengan doktor yang merawat. Nasihat saya hanyalah secara am, tidak boleh digunakan sebagai hujah dalam sebarang tuntutan kerana saya tidak memeriksa puan.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Iklan:

 

Unuk masalah kitaran haid yang tidak menentu, saya mencadangkan Ekstrak kacip fatimah diambil bersama vitamin C dan vitamin E. Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

 

 

 

 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: