Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Hamil lima minggu dan keluar darah warna coklat

Hamil lima minggu dan keluar darah warna coklat

HAMIL LIMA MINGGU DAN KELUAR DARAH WARNA COKLAT

 

woman depressed 2

 

“Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi  ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran.

 

 

Puan mengalami pendarahan berwarna coklat.  Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah pendarahan yang serius apabila berlaku ketika hamil kerana meninggikan risiko untuk keguguran.

 

 

Pendarahan ketika di awal kehamilan boleh jadi berwarna merah terang seperti darah dari luka, atau menjadi warna coklat bercampur dengan lendiran faraj.

 

 

Ramai wanita hamil yang agak keliru, kerana warna lendiran itu seperti darah haid, cuma datang hanya beberapa hari. Sebab itu ramai yang menyangka mereka sedang haid walaupun disahkan hamil.

 

Wanita yang hamil tidak mengalami haid.  Pendarahan ketika hamil, mungkin tanda awal kegugruan.

 

Cara terbaik untuk puan ialah pastikan mendapat rehat yang cukup. Selalunya pendarahan ini akan hilang selepas beberapa hari dan janin dalam rahem berada dalam keadaan selamat.

 

Ubat kuat rahem sebenarnya tidak membantu, kecuali puan mengalami masalah kekurangan hormone progesterone, sedangkan kebanyakan keguguran disebabkan masalah kualiti gentik janin dalam rahem yang rendah. Namun tiada halangan untuk menggunakan ubat tersebut.

 

Jika pendarahan sudah berlangsung selama seminggu, puan boleh lakukan pemeriksaan air kencing, UPT di rumah.

 

Jika keputusan UPT positif, janin berada dalam keadaan yang selamat, dan tidak perlu dirisaukan.

 

Jika keputusan UPT negatif, bermakna mungkin bayi dalam rahem telah meninggal dunia, dan harus berjumpa dengan doktor untuk melakukan ultrasound memastikan sama ada janin itu masih berada di dalam rahem atau telah keluar tanpa disedari.

 

 

Jika rahem telah kosong, bermakna keguguran berlaku dengan sempurnan. Tidak perlu lakukan apa-apa.

 

Jika rahem masih ada janin yang tiada lagi degupan jantung, maka tunggu dulu 2-4 minggu sebelum ambil keputusan untuk lakukan D&C.

 

Wallahu a’lam

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: