Advertorial
Home » Doktor Menjawab » hamil lendiran darah di mulut selepas makan antacid untuk gastrik

hamil lendiran darah di mulut selepas makan antacid untuk gastrik

HAMIL LENDIRAN DARAH DI MULUT SELEPAS MAKAN ANTACID UNTUK GASTRIK

antacid

Assalammualaikum doctor. Saya hamil 12 minggu dan sering diserang gastrik yang teruk. Semalam saya kena serangan gastrik lagi. Kemudian saya ambil pil antacid, tetapi bila bangun pagi ini ada keluar lendiran berwarna merah. Adakah kesan dari pengambilan pil itu? Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Lendiran berwarna merah, (berkemungkinan darah) sangat berbeza dengan muntah darah atau batuk berdarah.

 

Muntah darah selalunya seseorang itu akan betul-betul muntah, dan isi muntahan itu mengandungi campuran makanan yang dimakan, dan darah yang berketul. Darah itu berasal dari perut.

 

Sementara batuk berdarah, berlaku apabila seseorang itu batuk dengan kuat, dan darah itu berasal dari paru-paru.

Lendiran berdarah selalunya disebabkan luka kecil di sepanjang sistem penghadaman iaitu mulut, tekak, atau bahagian atas esofagus.

 

Selalunya jika kuantiti darah terlalu sedikit atau tidak kerap muntah, puan tidak perlu risau. Tubuh badan kita akan berusaha untuk sembuh sendiri.

 

Namun jika puan muntah dengan lebih banyak kuantiti darah dan lebih kerap, saya menasihatkan agar buat pemeriksaan doctor.

 

Ubat antacid yang diberikan doctor sebagai rawatan ‘pedih perut’ puan tidak menyebabkan lendiran berdarah itu.

 

Wallahu a’lam

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!