Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan

Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan

HAMIL BERSAMA FIBROID DAN MENGALAMI PENDARAHAN

 

fibroid 4 

 

“Salam doktor, saya berumur 26thn dan sudah genap setahun kahwin . Sekarang  asay sedang hamil anak pertama berusia 14 minggu. Masalah saya sekarang adalah saya ada fibroid berukuran 13x11cm yang berada dalam rahem bahagian atas. Baru-baru ini, saya  ada mengalami pendarahan yang berwarna coklat. Saya sudah pergi buat pemeriksaan di hospital. Doktor telah melakukan scan, dan mendapati bayi saya  dalam rahem alhamdulillah sihat dan degupan jantung juga baik. Tetapi  saya risau kenapa masih ada pendarahan untuk beberapa hari sampai sekarang, tambah lagi kalau saya bergerak lebih sikit. Mujur sekarang saya adalah suri rumah, jadi saya  kena bed rest je sepanjang masa. Mohon pencerahan, terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Puan mempunyai saiz fibroid yang agak besar, dan malangnya dikesan ketika puan sedang hamil. Jika dikesan awal, sudah tentu ia lebih mudah apabila doctor boleh membuangnya tanpa rasa risau terhadap bayi dalam rahem.

 

Fibroid biasanya tidak mengganggu kehamilan yang telah berlaku. Tetapi fibroid boleh mengubah bentuk rahem atau membengkokkan saluran fallopian sehingga menjejaskan kehamilan yang belum berlaku.

 

Jika fibroid dikesan sebelum kehamilan, doktor mungkin mencadangkan membuang fibroid yang terlalu besar.

 

Namun begitu, fibroid boleh menjadi besar saiznnya atau mengecut semasa hamil. Dalam kebanyakan kes, saiznya tetap sama seperti sebelum hamil.

 

Dalam kes-kes terpencil, saiz fibroid boleh menjadi lebih besar, sehingga dua kali ganda dari saiz sebelum hamil. Oleh kerana terlalu besar, ia menyebabkan bekalan darah kepada fibroid ini tidak mencukupi, kemudian ia mula mengalami mengalami kematian sel-selnya menyebabkan saiznya menjadi kecil semula.

 

Keadaan ini dinamakan sebagai “red degeneration

 

Fenomena ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan sedikit pendarahan yang keluar dari faraj, kadang-kadang beserta dengan muntah-muntah, rasa loya, dan demam yang rendah.

 

Kesakitan mula dirasai pada usia akhir kehamilan, atau di pertengahan kehamilan sekitar 20 minggu kehamilan.  Jika rasa sakit itu terlalu teruk, ia boleh merangsang rahem untuk memulakan pengecutan (kontraksi) dan menyebabkan kelahiran pramatang.

 

Namun begitu ada kalanya fibroid yang terlalu besar, ia boleh meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kelahiran songsang. Oleh itu kadang kala, seorang wanita yang hamil bersama fibroid, terpaksa menjalani pembedahan Cesarean.

 

Dalam kes puan, saya mendapati bahawa saiz fibroid puan boleh dikatakan besar. Ia akan meningkatkan risiko kehamilan yang saya sebutkan tadi. Selalunya doctor tidak buat sebarang pembedahan dan hanya melakukan pemantau kehamilan puan sehingga kehamilan berusia 36 atau 38 minggu.

 

Nasihat saya banyak berehat dan pendarahan (spotting) itu adalah tanda yang tidak dapat dielakkan. Jika puan kehamilan puan belum 36 minggu dan puan mengalami tanda-tanda kelahiran seperti sakit perut dan pendarahan, puan harus ke hospital dengan segera, mungkin sedang berlakunya kelahiran pramatang.

 

Jadi berbenincang dengan doktor tentang risiko-risiko kehamilan ini.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: