Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Haid tidak normal dan sukar hamil walaupun telah mencuba pelbagai produk.

Haid tidak normal dan sukar hamil walaupun telah mencuba pelbagai produk.

cute baby

 

“As Salam mu alaikum. Mohon doktor boleh bantu menasihatkan saya. Saya telah berkahwin hampir dua tahun, dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada tahun pertama perkahwinan, haid saya teratur dan tiada masalah untuk datang haid setiap bulan. Doktor sakit puan yang memeriksa saya juga mendapati rahim saya normal dan subur.

 

Tapi masuk tahun kedua, ditambah dengan stress kerja, haid saya mula tidak teratur. Kali terakhir saya bertemu dengan doktor pada bulan Jun 2013 yang lepas dan doktor sakit puan mendapati ada ketumbuhan polyp di dalam rahim saya yang menyebabkan dinding rahim tebal dan tidak haid. Jadi doktor memberikan ubat hormon supaya darah turun.

 

Setelah semua darah dan ketulan polyp keluar secara semulajadi melalui haid, doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati rahim saya sudah kembali normal. Beliau membekalkan Evening Primrose Oil supaya kitaran haid saya kembali normal.

 

Namun, semenjak hari rawatan sehingga ke bulan Oktober 2013 lepas, haid saya sudah tidak teratur walaupun saya mengambil EPO seperti yang diberikan. Saya asyik lewat sebulan haid sebelum datang bulan lagi.

 

Kini, macam-macam rawatan saya cuba untuk mendapatkan kitaran haid yang normal dan hamil.

 

Antaranya:

 

i. Mengambil D’Herbs Jus Perawan yang mengandungi kacip fatimah

ii. Mengambil Shaklee Esp Soy setiap hari

iii. Bercadang untuk memulakan rawatan Lumiglow dalam bulan ini.

 

Pada pandangan doktor tidak mengapakah saya meneruskan mengambil 2,3 perkara di atas pada satu masa yang sama?

 

Saya berharap doktor dapat memberikan pandangan bagi membantu saya menyelesaikan masalah ini. Jasa baik doktor hanya Allah s.w.t mampu membalasnya.

 

Terima kasih”

 

Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi.

 

Masalah kesuburan selalunya berkait rapat dengan kitaran haid yang tidak teratur. Ini bermakna jika seorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, bermakna beliau akan menghadapi masalah kesuburan, iaitu sukar untuk hamil.

 

Ini kerana kitaran haid yang tidak menentu menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur wanita) tidak berlaku pada setiap kitaran haid.

 

Untuk merawat masalah kesuburan semulajadi, seorang wanita harus mempunyai kitaran haid yang teratur, supaya ovulasi berlaku dan dapat disenyawakan ketika hubungan intim bersama suami.

 

Banyak suplemen yang dijual di pasaran. Suplemen bukanlah ubat hormon, kerana ia mengambil masa untuk memberi kesan, tetapi ia tidak memberikan kesan sampingan yang bahaya.

 

Jika satu produk yang puan digunakan tidak memberikan kesan, iaitu kitaran haid masih tidak menentu, bermakna produk itu tidak sesuai dengan puan.

 

Cara terbaik untuk atasi masalah ini ialah dengan melakukan pemeriksaan doctor pakar kesuburan, kerana masalah yang puan hadapi lebih kompleks.

 

Doktor mungkin akan mencadangkan puan melakukan pemeriksaan berikut:

 

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.

 

2. Pemeriksaan pap smear.

 

3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.

 

4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

 

Berdasarkan hasil ujian berkenaan, doktor akan mengetahui masalah sebenar dan merawat mengikut keputusan yang diperoleh.

 

Jika puan telah berumur 30an, jangan membuang masa dengan mencuba pelbagai produk suplemen terutama yang dijual tanpa nasihat yang betul.

 

Mereka yang menjual produk suplemen ada kalanya tidak memahami fisiologi kitaran haid pada seorang wanita dan memberikan janji manis untuk melariskan produk.

 

Bagi produk suplemen Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM, sememangnya dihasilkan oleh penyelidik sains di UTM dengan menggunakan teknologi tinggi. Jadi produk itu dijamin kualitinya, selamat dan berkesan.

 

Untuk info lanjut boleh ke https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Saya nasihatkan puan melakukan pemeriksaan doctor jika puan telah mencuba produk-produk itu untuk 3 bulan kerana dikhuatiri puan mengalami masalah yang lebih kompleks.

 

Tidak lupa juga, suami puan harus melakukan pemeriksaan air mani.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: