Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Haemoglobin rendah dan sakit kepala akibat terhentak

Haemoglobin rendah dan sakit kepala akibat terhentak

tired-man

 

“Assalamualaikum doctor. Saya mempunyai masalah selalu berasa pening, penglihatan kabur dan gelap mata, rasa gelisah dan kadangkala daya ingatan berkurang jika saya melakukan banyak kerja ataupun banyak berfikir. Saya menghadapi masalah ini sejak dua tahun lepas.

 

Untuk makluman doctor, sebelum ini saya pernah terjatuh dalam bilik air dan belakang kepala terhentak. Pemeriksaan doctor hanya ada kesan bengkak sedikit akibat jatuh.

 

Saya ingin bertanyakan doktor apakah kaedah pemeriksaan yang perlu saya lakukan. Saya rasa tidak sanggup berterusan menahan kesakitan ini. Doktor di klinik dan hospital hanya memberitahu saya  hanya sakit kepala biasa.

 

Saya pernah membuat pemeriksaan keseluruhan dan keputusan darah menunjukkan tahap haemoglobin saya kurang iaitu 10mg%.

 

Terima kasih doktor kerana sudi menjawab soalan saya.”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya bersimpati dengan masalah yang saudara hadapi. Semoga ALLAH memberikan ganjaran besar untuk saudara dan permudahkan usaha saudara mencari rawatan yang serasi.

 

“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870)

 

Agak sukar saya mencari punca masalah saudara kerana saya tidak memeriksa saudara.

 

Namun saya perhatikan saudara mempunyai dua masalah:

 

  1. Saudara mempunyai masalah selalu berasa pening, penglihatan kabur dan gelap mata, rasa gelisah dan kadangkala daya ingatan berkurang jika melakukan banyak kerja ataupun banyak berfikir.

Ini mungkin berkaitan dengan keputusan darah menunjukkan tahap haemoglobin saudara hanya 10mg% saja.

 

  1. Saudara juga pernah terjatuh dalam bilik air dan belakang kepala saudara terhentak. Pemeriksaan doctor pula hanya dapat mengesan bengkak di kepala saudara.

 

Hemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai perantara yang membawa oksigen dari paru-paru dan jantung ke seluruh tubuh.

 

Kadar bacaan hemoglobin yang normal bagi lelaki dewasa adalah 14-18 gram/dl dan sementara bagi wanita dewasa adalah 12-16 gram/dl.

 

Jika saudara mempunyai bacaan haemoglobin yang rendah, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan yang lebih teliti mengapa saudara mengalami maslah ini.

 

Jika betul tiada pemeriksaan lanjut yang dilakukan, saya amat terperanjat dan sedih dengan tahap layanan yang diberikan.

 

Namun begitu selalunya terdapat kesilapan komunikasi antara doktor dan pesakit sehingga pesakit tidak memahami apakah tindakan susulan yang dirancang oleh doctor.

 

Berkaitan dengan sakit kepala akibat terhentak di kepala pula, selalunya doctor akan memeriksa dan melakukan x ray kepala. Jika saudara pitam dan pengsan ketika itu doctor akan melakukan pemeriksaan CT scan otak bagi memantau jika ada kecederaan otak.

 

Namun begitu kesakitan akibat kecederaan tisu kulit kepala, akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu.

 

Jika saudara masih mengalaminya setelah sebulan dari tarikh kemalangan, berjumpalah semula dengan doctor dan mintalah pemeriksaan yang lebih teliti.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: