Sesiapa yang pernah diuji dengan sakit akibat terdapat batu pada ginjal, pundi kencing atau saluran kencing, pasti tahu betapa deritanya sakit yang dialami.
Selain kencing berdarah dan sakit pinggang, kebanyakan lelaki yang datang berjumpa saya memberitahu, mereka tidak dapat menahan kesakitan apabila kerandut zakar mereka seperti dipulas.
Suntikan penahan sakit hanyalah rawatan sementara menunggu pengesahan penyakit melalui pemeriksaan x ray dan ultrasound.
“Doktor, saya sudah dua kali mengalami kesakitan akibat serangan batu di ginjal kanan saya. Rasa mahu putus nyawa. Saya telah menjaga pemakanan saya. Berat saya sudah berkurangan. Boleh tak doktor cadangkan apa-apa supplemen untuk mengelakkan pembentukan batu di ginjal saya.”
Pembentukan batu di ginjal (atau disebut sebagai urinary calculi), sebenarnya disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan dehidrasi (tidak cukup minum air). Terdapat pelbagai jenis batu yang boleh terbentuk akibat mendakan bahan-bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing. Kebanyakan batu ginjal dibentuk oleh calcium oxalate dan calcium phosphate.
Akibat dari pembentukan batu di ginjal, pesakit selalunya merasa susah membuang air kecil, lalu menyebabkan ginjal membengkak (hydronephrosis), dan menyebabkan mudah terjadinya jangkitan kuman dan pendarahan.
Selalunya batu ginjal yang sederhana besarnya boleh dikeluarkan dengan menggunakan teknik lithotripsy, di mana batu ginjal dihentam dengan kuasa gelombang ultrasonik. Batu di ginjal akan pecah dan keluar secara sedikit demi sedikit. Ia bukan teknik pembedahan yang konvensional, namun memerlukan kos yang mahal.
Saya pernah membaca ‘Encyclopedia of Medicinal Plants of Iran’, mengatakan bahawa batu di ginjal dan pundi kencing boleh dipecahkan dan dikeluarkan dengan mengamalkan memakan habbatus sauda. Namun masih belum ada kajian saintifik tentang fakta ini.
(rujuk: Mir Heidar H. Nigella sativa. In: Mir Heidar H, editor. Encyclopedia of medicinal plants of Iran. 6th ed. Tehran: Islamic Culture Press; 2004. p. 211-4.)
Dalam pada itu beberapa ahli saintis Iran iaitu Dr Mousa-Al-Reza Hadjzadeh, Dr Alireza Khoei, Dr Zahra Hadjzadeh, dan Dr Mohammadreza Parizady dari Mashhad University of Medical Sciences, Mashhad, Iran telah mengeluarkan satu kajian yang menarik yang diterbitkan dalam Urology Journal,2007;4:86-90.
Kajian yang mereka lakukan bukan pada manusia tetapi pada tikus makmal. Artikel itu yang bertajuk “Ethanolic Extract of Nigella Sativa L Seeds on Ethylene Glycol-Induced Kidney Calculi in Rats” cuba membuktikan ekstrak ethanolic yang terdapat pada Habatus Sauda mampu mengurangkan mendakan calcium oxalate yang menjadi punca pembentukan batu di ginjal tikus-tikus yang diuji.
Dalam kajian ini 57% tikus makmal yang diberikan ekstrak ethanolic mampu menghalang pembentukan batu di ginjal. Walaupun kajian ini hanya melibatkan tikus-tikus makmal, saya percaya habbatus saudah juga memberikan kesan yang serupa pada manusia. Untuk ini, kajian saintifik eloklah dilakukan oleh saintis-saintis di universiti-universiti tempatan.
Dos yang dicadangkan untuk mencegah pembentukan batu calcium Oxalate ialah 250 mg/kg. Ini bermakna jika seorang lelaki mempunyai berat 70kg, ia memerlukan 1750mg habbatus sauda.
Habatus Sauda juga mempunyai ekstak glycoside flavonoids seperti kaempferol, dan quercetin yang bertindak mengurangkan bengkak (anti-inflammatory) dan mempunyai kesan sebagai antioxidant.(1,2)
Selain itu, habatus sauda juga mengandungi Aglichon dan glyceride flavonoles yang juga mempunyai kesan antioxidant mencegah pembentukan batu di ginjal.(3)
Selain dari menghalang pembentukan batu dan menghancurkannya, bahan-bahan anti-oxidant ini juga menyembuhkan ‘luka’ pada tisu ginjal.(4)
Biasanya batu pada ginjal yang tidak dirawat akan mengumpulkan kuman-kuman bakteria. Ini menyebabkan ginjal dijangkiti kuman. Apa yang menarik, terdapat satu kajian menunjukkan Habatus Sauda mampu membunuh yang terkumpul akibat pembentukan batu.(5) Walaubagaimanapun kajian ini memerlukan kajian santifik yang lebih dalam.
Sebagai kesimpulan, habatus sauda adalah herba yang berasal dari Asia Tengah, banyak digunakan oleh Umat Islam sejak berkurun-kurun lamanya. Ia memberikan lebih manfaat jika digabungkan dengan perubatan moden yang agresif untuk memecahkan batu pada ginjal. Ini kerana ia bertindak secara perlahan tetapi lebih selamat. Banyak kajian saintifik harus dilakukan untuk mengkaji manfaat dan kesan sampingan herba ini.
Wa llahu a’lam
Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (011111)
Rujukan:
- Ahmed MS, El Tanbouly ND, Islam WT, Sleem AA, El Senousy AS. “Antiinflammatory flavonoids from Opuntia dillenii (Ker-Gawl) Haw. Flowers growing in Egypt”. Phytother Res. 2005;19:807-9.
- Xu J, Li X, Zhang P, Li ZL, Wang Y. “Antiinflammatory constituents from the roots of Smilax bockii warb”. Arch Pharm Res. 2005;28:395-9).
- Comalada M, Ballester I, Bailon E, et al.”Inhibition of pro-inflammatory markers in primary bone marrow-derived mouse macrophages by naturally occurring flavonoids: analysis of the structure-activity relationship”. Biochem Pharmacol. 2006;72:1010-21.
- El-Dakhakhny M, Madi NJ, Lembert N, Ammon HP. “Nigella sativa oil, nigellone and derived thymoquinone inhibit synthesis of 5-lipoxygenase products in polymorphonuclear leukocytes from rats”. J Ethnopharmacol. 2002;81:161-4.
- Hanafy MS, Hatem ME. “Studies on the antimicrobial activity of Nigella sativa seed (black cumin)”. J Ethnopharmacol. 1991;34:275-8.
IKLAN
Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Minyak Habbatus Sauda keluaran dari Olive House yang kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan.
saya suker baca artikel mengenai ni….
saya juga mengamalkan jamu yg ade corlandrum Sativa seed -450 mg
is it adik beradik habatus sauda jugak? –
Pd pndapat saya,Habbatus sauda mmg bnyak kebaikn..dlu sy mgalami keradangan salur darah..tpaksa mengambil pil tiap2 hari dr hosp..tp ubat2 yg d ambil mesti meninggalkn kesan sampingan..bila doktor check darah sy,dktor mendapati masalah fungsi hati sy terganggu..semuanya mnakutkn sy..hinggala ayah sy mceritakn Habbatus sauda pd sy,sy henti mgambil ubat kt hosp,ternyata masalah keradangan salur darah sy xda ag..hingga skrg sy xmkn ag ubt dr hosp…sy sgt percaya habbatus sauda adalah terbaikk…
assalamualaikum warahmatullah..
saya student n saya amalkan mkn habbatussauda dan madu…alhamdulillah, tak sangka jugak habatussauda baik untuk kesihatan dalaman….jom amalkan habatussauda!!huhu^_~
salam,
saya pernah terlibat dalam projek sains sewaktu sekolah menengah dahulu, mengkaji peranan ekstrak akar pokok senduduk putih dalam memecahkan baru karang..alhamduliilah kajian kami berjaya membuktikannya dan kami menang pertandingan inovasi sains peringkat nasional tahun 2005 dan projek mewakili malaysia ke peringkat antarabangsa di mineanapolis tahun 2005 :)
sy pn sdg amalkan pil baraka…yg tulis sativa oil…sama ke??dtg dr mekah…dh lama dgr kebaikan habatussauda ni…hrp2 mujarab..
baru baru ini saya mengalami susah kencing.Semasa kencing air nya keluar agak lambat dan tak lancar. Selepas memakan habatus sauda selama 5 hari sahaja kencing saya sudah lawas tak ada masalah lagi susah kencing.
Salam doktor,
Adakah mengambil habbatus sauda semasa awal kehamilan dpt memberi kesan buruk kepada bayi atau ibu itu sendiri?
salam doc,
sy ingin btanya adakah habbatus sauda tidak boleh mkn ketika hamil? sebab di botol ada dinyatakan larangan untuk orang hamil..terima kasih