Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Habbatus sauda dan kehamilan

Habbatus sauda dan kehamilan

HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN

habbatus sauda softgel

“Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.

 

Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di Mesir, mereka menggunakan habatus sauda’ sebagai suplemen dan ubat.

 

Contohnya, Ratu Cleopatra menggunakan habitus sauda’ untuk merawat kecantikan beliau, Ratu Nefertiti juga menggunakan minyak habitus sauda’ untuk menghitamkan rambut dan mencantikkan kuku. Dari kajian archaeologist, Firaun (Raja Tut) menyimpan minyak habitus sauda dalam makam beliau. Ini menunjukkan betapa batatus sauda’dan minyaknya telah lama digunakan dalam perubatan purba.

 

Habatus sauda juga telah dirakamkan dalam satu hadis yang terkenal, “diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” (Imam Bukhari).”

 

Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, habbatus sauda dikenal sebagai “al abbah al barokah”. Di dalam kitab beliau telah menyenaraikan kegunaan habbatus sauda’ untuk mengubati lebih 50 jenis penyakit.

 

Walau bagaimana pun beliau tidak menyebutkan kegunaan habbatus sauda’ bagi wanita yang hamil.

 

Dalam banyak journal yang saya baca mengenai kebaikan habatus sauda terhadap wanita yang hamil, terutama minyak habbatus sauda, yang sekarang dimasukkan ke dalam softgel.

Malangnya tiada kajian klinikal yang didokumentasikan.

 

Walau bagaimana pun, ada beberapa laporan yang mengatakan bahawa sesetengah wanita hamil yang sensitif boleh mengalami kontraksi selepas menggunakan minyak habbatus sauda. Ia sangat jarang berlaku.

 

Jadi berhati-hati ketika mengamalkannya. Berjumpa doctor segera jika ada rasa kontraksi pada rahem.

 

Dalam kebanyakan wanita, habatus sauda banyak memberikan manfaat ketika hamil. Namun cuba elakkan diberikan di awal kehamilan, terutama sebelum usia kehamilan minggu ke 16.

 

Nasihat saya adalah amalkan terus obimin, dan boleh menggunakan softgel habbatus sauda selepas usia kehamilan 16 minggu

 

Wallahu a’lam

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: