Guna cuka epal semasa hamil

SELAMATKAH MENGGUNAKAN CUKA EPAL SEMASA HAMIL DAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

 

cuka epal


 

 

“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya doktor berkenaan cuka epal. Sebelum hamil saya sentiasa amalkan makan cuka epal. Tapi saya berhenti makan bila hamil kerana ada yang mengatakan ianya tajam dan tidak sesuai untuk ibu hamil. Bolehkah ibu hamil dan ibu yg baru lepas bersalin makan cuka epal? Terima kasih atas pencerahan doktor. Semoga khidmat nasihat dan info doktor mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah swt.”

 

WA’ALAIKUMMUS SALAM

 

Cuka buah-buahan termasuk cuka epal diperbuat dari buah-buahan yang dihancurkan kemudian ditapaikan sehingga menjadi asid acetic, yang menyebabkan ia berasa masam. Cuka buah-buahan ini kemudian akan dibersihkan melalui proses penyulingan dan dijual sebagai minuman kesihatan.

 

Ada pengeluar yang meletakkan cuka ini dalam proses  “pasteurization” untuk membunuh kuman terutamanya kuman bakteria E. Coli yang berbahaya. Ada juga pengeluar tidak melakukan proses ini, tidak bermakna cuka buah-buahan ini berbahaya, cuma tiada jaminan keselamatan saja.

 

KEHAMILAN DAN CUKA

Kehamilan pula adalah suatu masa yang amat kritikal, bermakna segala apa yang kita lakukan dan kita makan/minum, bukan saja boleh menjejaskan diri kita tetapi juga boleh menjejaskan anak yang berada dalam rahem.

 

Mengambil cuka epal atau apa saja jenis cuka buah-buahan yang lain, adalah perdebatan di kalangan para pengamal, ahli saintis dan doctor. Setakat ini tidak ada bukti yang kukuh mengambil cuka buah-buhan termasuk cuka epal boleh mendatangkan bahaya kepada wanita yang hamil.

Sesetengah wanita yang hamil gemar mengambil cuka buah-buahan termasuk cuka epal di awal kehamilan bagi mengurangkan rasa loya dan muntah (morning sickness).

 

Selain itu cuka buah-buahan ini dikatakan memberikan manfaat pada kesihatan seperti:

 

  1. Memudahkan proses penghadaman karbohidrate.
  2. Mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
  3. Mengurangkan rasa mengidam terhadap sesuatu makanan ketika hamil
  4. Mengurangkan tahap gula yang tinggi ketika hamil
  5. Mengurangkan rasa “pedih ulu hati” atau “heart burn” yang biasa dialami oleh wanita di akhir usia kehamilan

 

 

Belum ada data saintifik yang menyokong walaupun ada kes-kes terpencil yang membuktikan kesahihan dakwaan ini.

 

Walau bagaimana pun pengambilan cuka buah-buahan di awal kehamil dikaitkan dengan keguguran, namun para saintis tidak pasti sama ada keguguran itu disebabkan oleh cuka buah-buahan atau fator lain seperti masalah gentik pada janin tersebut, yang tiada kena-mengena dengan cuka buah-buahan.

 

Oleh itu saya tidak menggalakkan pengambilan cuka buah-buahan di awal kehamilan, terutamanya kurang dari 15 minggu. Seeloknya elakkan pengambilan cuka buah-buahan sehingga akhir trimester, jika masih berkeras mahu mengambil epal buah-buahan ini.Atau yang terbaik menangguhkannya sehingga selepas melahirkan anak.

 

Bagi wanita yang lepas melahirkan anak, pengambilan cuka buah-buahan tidak mendatangkan kemudaratan. Cuma saya mencadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM yang lebih berkesan merawat kecederaan pada rahem dan faraj semasa proses kelahiran.

 

Kesimpulannya ialah pengambilan cuka buah-buahan haruslah dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan aspek kebersihannya. Inilah yang selalu dipertikaikan iaitu tentang kebersihan penyediaan cuka buah-buahan dan sama ada cuka tersebut bebas dari pencemaran kuman-kuman berbahaya.

 

Bagi cuka yang disediakan dengan cara yang betul dan bersih, ia selamat digunakan oleh wanita hamil. Ini yang agak cuka kita tentukan sama ada cuka buah-buahan itu bersih atau tidak.

 

Wallahu a’lam dan semoga bermanfaat.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

One comment

  1. Assalamuaikum doktor .saya nk tanya, kenapa saya keluar darah warna coklat cair pada awal haid dan lepastu takde darah haid yang keluar. Kenapa ia berlaku eh adakah ia tanda kehamilan ?

Leave a Reply

error: Content is protected !!