Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » GULA PALMA (PALM SUGAR) BAIK UNTUK KESIHATAN

GULA PALMA (PALM SUGAR) BAIK UNTUK KESIHATAN

GULA PALMA (PALM SUGAR) BAIK UNTUK KESIHATAN

 

 

Secara tradisinya, orang kita mengambil madu dan gula palma sebagai pemanis minuman dan makanan.

Apabila kedatangan British, mereka memperkenalkan gula putih atau gula pasir.

Oleh kerana terdapat industri yang mengeluarkan gula putih atau gula pasir secara besar-besaran, selepas kemerdekaan, pasaran gula ini semakin mendapat permintaan ramai kerana ia mudah di dapati dan harganya lebih murah berbanding dengan gula palma atau madu.

Lama kelamaan, generasi baru biasa dengan gula pasir dan janggal dengan penggunaan gula palma dan madu.

Sugar palma adalah pemanis asli (orginal) yang berkalori, diperolehi dari putik bunga pokok palma.

Di Malaysia, kebanyakan gula palma diperolehi dari pokok kelapa dan nipah. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti gula merah, gula melaka, gula kelapa, gula nipah, gula nise dan lain-lain.

Selain ia berasal dari sumber yang semulajadi, ia dianggap natural kerana proses penghasilan yang minima dan tiada bahan kimia yang digunakan.

Cecair yang dikumpulkan dari putik kelapa dipanaskan perlahan-lahan untuk mengwapkan air yang berlebihan.

Dalam bentuk cecair yang lebih pekat, ia rasa lebih sedap dan berlemak seperti karamel. Dalam bentuk pepejal, rasanya hanya seperti gula tebu yang biasa saja.

Di pasaran, ia terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu cecair, granular (berbiji-biji) atau kiub padat.

Oleh kerana gula palma ini tidak menjalani proses penghasilan yang banyak, jadi ia bukanlah produk berproses (unrefined sugar). Ia masih kaya dengan vitamin dan mineral.

Dalam kajian makmal mendapati, ia kaya dengan mineral seperti potassium, phosphorus, zink, zat besi, manganese dan copper; dan sejumlah kecil phytonutrient (sebutan: fitonutrien) seperti polyphenols, flavonoid dan anthocyanidin; dan antioksida yang tinggi. Ia juga kaya dengan B vitamin, seperti thiamine, riboflavin, asid folik dan choline yang sangat diperlukan dalam membentuk sel-sel yang sihat yang ada pada tisu dan organ.

Gula palma yang telah disiapkan mengekalkan 16 jenis asid amino seperti yang terdapat dalam cecair pada putik bunga pokok palma tersebut. Asid amino ini juga penting dalam pembentukan sel dan merawat tisu yang rosak.

Selain itu, gula palma mempunyai nilai Indek Glisemik yang rendah, iaitu 35. Ini bermakna penyerapan gula ke darah darah sangat perlahan dan peningkatan insulin pula tidak tinggi.

Berbanding dengan gula putih yang tiada nutrien di dalamnya, dan ia juga mempunyai Indek Glisemik yang tinggi, iaitu 68.

Namun begitu nilai karbohidrat dan gula ringkas dalam gula palma masih sama dengan pemanis berkalori yang lain. Satu kecil sudu gula putih dan gula palma mempunyai 5gm gula ringkas bersamaan 20 kalori.

Dengan itu gula palma lebih baik daripada gula putih atas faktor ia adalah gula yang semulajadi dan natural (tidak menjalani proses penghasilan yang kompleks), mempunyai pelbagai jenis nutrien dan mempunyai nilai GI yang rendah.

Sungguh pun begitu, jangan ambil gula palma secara berlebihan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: