Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES

GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES

GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES

 

 

Molasses adalah produk terakhir penghasilan gula. Kebanyakan gula putih di Malaysia dihasilkan dari tebu. Di Eropah, ia juga fihasilkan dari ubi beet.

Semasa proses terakhir penghasilan gula, molasses dihadilkan. Oleh itu ia juga dikenali sebagai kerak gula.

Molasses berwarna hitam, nama lainnya adalah gula hitam.

Perbezaan di antara molasses dan gula putih

1. Satu sudu teh (sudu besar) gula putih 20g mengandungi 80 kalori. Sementara satu sudu teh molasses mengandungi 60 kalori. Ini bermakna molasses mengandungi nilai kalori yang lebih rendah dari gula putih.

2. Tidak seperti gula putih, molasses kaya dengan vitamin B dan mineral terutama potassium, kalsium, zat besi, dan magnesium.

Molasses lebih baik dari gula putih

Penggunaan molasses menggantikan gula putih sebagai gula tambahan harus dilakukan secara bersederhana.

Namun mollases lebih bermanfaat dari gula putih kerana mengandungi mikronutrien. Sementara gula putih pula tiada mikronutrien.

1. Molasses mengandungi mineral potassium. Potassium adalah mineral yang dapat merendahkan tekanan darah dan molasses adalah sumber terbaik untuk mendapatkan potassium.

Satu sudu besar molasses mengandungi 295 mg, dan kita memerlukan 3500-4700 mg potassium setiap hari.

2. Molasses dari ubi beet mengandungi antioksida yg bertindak menghalang pertumbuhan kanser. Sebatian cyanidin-3-O-glucoside chloride dapat melindungi dari kanser payudara, kanser hati dan kanser kolon. Namun begitu ia masih di peringkat kajian awal di makmal.

3. Molasses mengandungi mineral seperti zink, yang sangat penting merangsang aktiviti natural killer cell dan T-lymphocyte. Kedua-dua sel ini penting dalam sistem pertahanan tubuh melawan bakteria dan virus.

4. Ia juga kaya dengan mineral kalsium yang dapat membantu mengurangkan masalah kerapuhan tulang (osteophorosis).

5. Nilai GI molasses lebih rendah (55) berbanding dengan gula putih (65).

Kesimpulannya molasses adalah pemanis yang lebih baik dari gula putih. Ini kerana nilai kalorinya lebih rendah dari gula putih dan mempunyai nutrisi yang lebih banyak dari gula putih.

Namun pengambilannya haruslah dalam kuantiti yang sederhana.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: