Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Ginseng juga ada kesan sampingan

Ginseng juga ada kesan sampingan

GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN

ginseng

“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan.

 

Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan pada November 2004 dalam Journal American Family Physician.

 

Walau bagaimanapun, belum ada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanannya, dan ia lebih bergantung kepada keserasian pada diri pengguna itu sendiri.

 

 

Seperti ubat-ubatan moden yang lain, suplemen ginseng selamat digunakan dan memberi manfaat jika diambil dalam dos yang disyorkan.

 

Keberkesanan dan manfaat ginseng juga berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.

 

Keberkesanan suplemen ginseng ini lebih menyerlah apabila digabungkan dengan pemakanan yang baik, gaya hidup yang sihat, senaman dan minum air yang secukupnya.  (Bahrke & Morgan, 1994).

 

Namun penggunaan ginseng yang berpanjangan, terutama pada dos yang tinggi  boleh menyebabkan gatal-gatal, ruam kulit, cirit-birit, sakit tekak, hilang selera makan, sakit kepala, demam, mudah terangsang, kecemasan, sakit dada, tekanan darah tidak normal, haid sukar, kadar jantung yang cepat, loya, muntah-muntah dan kaki bengkak.

 

Bagi pesakit diabetes mellitus, pengunaannya harus berhati-hati kerana ginseng dapat menurunkan kadar glukosa darah. Mengamalkan ginseng bersama dengan ubat diabtes boleh menyebabkan pesakit mengalami kekurangan gula dalam darah.

 

Begitu juga dengan pesakit yang mengalami gangguan pendarahan (darah yang mudah beku). Pengambilan ginseng haruslah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang mencairkan darah.

 

Penggunaan ginseng adalah tidak digalakkan semasa mengandung dan menyusukan anak. Ginseng boleh menyebabkan kehilangan darah haid yang banyak, sakit pada payudara, mengalami pendarahan yang tidak normal walaupun telah mengalami menopause.

 

Bagi lelaki pula, penggunaan yang berpanjangan dan pada dos yang tinggi dialporkan menyebabkan pembesaran payudara di kalangan lelaki.

 

Ini kerana ada laporan menunjukkan ginseng boleh mempunyai banyak sifat-sifat yang sama seperti estrogen.( Bahrke & Morgan, 1994).

 

 

Rujukan:

Bahrke, M.S. & Morgan, W.P. (1994). Evaluation of ergogenic properties of ginseng. Sports Medicine, 18, 229-248.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: