Advertorial
Home » Akhbar » Gemuk akibat antibiotik yang berulang

Gemuk akibat antibiotik yang berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK

 

gemuk

Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.

 

Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.

 

Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.

 

Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.

 

Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. Kanak-kanak ini dipantau sehingga mereka mencapai umur lima tahun.  Melalui pemerhatian dari rekod yang ada, hampir 70% daripada mereka telah diberikan ubat antibiotik sebanyak dua kali ketika berumur 24 bulan.

 

Para saintis mendapati kanak-kanak yang telah diberikan empat atau lebih kali ubat antibiotic ini mempunyai risiko 10% lebih tinggi untuk menjadi gemuk pada usia lima berbanding kanak-kanak yang kurang atau tidak diberi ubat ini.

 

Menurut  Prof Charles Bailey di University of Pennsylvania, pemberian ubat  antibiotik membunuh kedua-dua jenis bakteria yang baik dan bakteria yang menyebabkan penyakit . Ini menyebabkan gangguan pada flora usus yang sihat dan mengganggu metabolisme yang aktif, sehingga menyebabkan pertambahan berat badan.

 

Prof Nigel Brown, Presiden Persatuan Mikrobiologi Umum di UK, berkata bahawa kajian ini menambah satu lagi bukti bahawa penggunaan antibiotik pada awal kanak-kanak boleh menyebabkan kegemukan.

 

 

Oleh itu pemberikan antibiotic haruslah diberikan hanya jika doctor merasakan ada jangkitan kuman bacteria tertentu. Ini bermakna bahawa tidak semua jangkitan kuman (terutamanya jangkitan virus) memerlukan rawatan antibiotic.

 

 

RUJUKAN:

 

JAMA Pediatric  2014 Nov;168(11):1063-9. “Association of antibiotics in infancy with early childhood obesity”.

 

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER
 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: