Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur

Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur

 

2

 

As salam mu alaikum doctor, saya hendak bertanya doktor. Pada tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya dan hanya cedera ringan tetapi menerima hentakan yang kuat di kepala sehingga hilang ingatan buat sementara.

 

Selepas kemalangan tersebut kitaran haid saya menjadi tidak teratur dan sedikit. Beberapa bulan kebelakangan ini, haid saya hanya keluar secara sempurna pada hari pertama dan pada hari-hari berikutnya, haid saya sedikit dan kadang-kala mengeluarkan ketulan darah beku. Ada kalanya ia hanya lendiran bersama darah sahaja.

 

Kitaran haid saya berlaku hanya selama 5hari dan kemudian kering. Sekarang ini menjadi tidak teratur.

 

Apakah saya mengalami darah beku ada dalam rahim atau adakah rahem saya tersumbat? Adakah akibat kemalangan itu, rahem saya menjadi jatuh atau terbalik?

 

Adakah ia boleh dirawat? Buntu saya memikirkan nya. Saya harap Dr Zubaidi dapat menjawab persolan saya. Terima kasih.

 

 

Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpati dengan kemalangan jalanraya yang puan alami sehingga menyebabkan puan mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.

 

Puan mengalami gegaran otak  yang teruk sehingga puan pengsan buat beberapa ketika. Gegaran seperti ini dinamakan ‘concussion’.

 

Saya harap puan telah menjalani pemeriksaan CT scan otak kerana walaupun gegaran ini tidak bahaya, namun ia boleh menyebabkan puan mengalami darah beku dalam otak puan.

 

Memang terdapat kaitan kitaran haid yang tidak menentu dengan kesan dari hentakan atau kecederaan kepala yang puan alami ketika kemalangan itu.

 

Dalam satu kajian yang diterbitkan, terdapat kecederaan kepala yang teruk boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormone dalam diri puan.

 

(rujuk: Ripley DLHarrison-Felix CSendroy-Terrill MCusick CPDannels-McClure AMorey C. “The impact of female reproductive function on outcomes after traumatic brain injury”. Arch Phys Med Rehabil. 2008 Jun;89(6):1090-6)

 

Jadi masalah kitaran haid yang tidak menentu ini disebabkan puan mengalami masalah ketidakseimbangan hormone, dan bukanlah disebabkan oleh darah beku ada dalam rahim atau rahem puan tersumbat atau rahem puan menjadi jatuh atau terbalik.

 

Cara terbaik untuk masalah kitaran haid yang tidak teratur dan ketidaksuburan (sukar mendapat anak) ialah pemeriksaan hormon di mana-mana klinik kesuburan.

 

Selalunya doktor akan memberikan ubat hormon untuk membantu membaiki kitaran haid puan, namun pengambilan pil hormon terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik.

 

Saya mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM ini sangat disyorkan kepada wanita bujang/berkahwin yang mempunyai masalah dengan kitaran haid seperti puan, jika puan belum bersedia melakukan pemeriksaan doctor.

 

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

 

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: