GARISAN DI PERUT SEMASA HAMIL

Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara.

Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau.

Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba.

Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun.

Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari-ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan.

Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yng dikeluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kekurangan asid folik semasa hamil.

Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas.

Rujuk: Pregnancy and Skin. J Family Med Prim Care. 2014 Oct-Dec; 3(4): 318–324.

Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahem adalah anak lelaki. Jika ia berlaku, ia mungkin hanya kebetulan saja.

Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak.

Sapukan sedikit minyak kelapa dara (VCO) atau serum vitamin E,  garisan ini akan lebih cepat hilang. Pengambilan vitamin E juga membantu mendapatkan kulit yang lebih cantik selepas melahirkan anak.

Rujukan:

Johnson, Robert V. (Ed.). (1994). Mayo Clinic complete book of pregnancy & baby’s first year. New York, NY: William Morrow and Company, Inc.

Semoga bermafaat

-Dr Zubaidi Hj Ahmad

0197712391
 

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak dicadangkan mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

Leave a Reply

error: Content is protected !!