Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Gamat ubat luka dalaman dan luaran

Gamat ubat luka dalaman dan luaran

 

 

gamat

 

Gamat ialah sejenis hidupan laut yang tidak bertulang belakang berada di dasar laut dan memakan rumpai halus.

 

Keajaiban pada gamat ialah kemampuannya untuk ‘tumbuh semula’ setelah tubuh gamat ini dipotong, menjadikan ia bahan penting di dalam perubatan Melayu untuk merawat luka.

 

Gamat juga mengandungi kolagen gamat yang tinggi. Malah, dan amino asid, protein, vitamin B1 dan B2, zat besi, iodin, kalsium fosfat, kalsium, dan zink, yang sangat diperlukan untuk proses penyembuhan luka.

 

 

Gamat boleh digunakan sebagai suplemen bagi merawat penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit.

 

Omega-3 yang ada dalam gamat dapat mengurangkan keradangan dan rasa sakit. Gamat juga mengandungi antioksida semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas yang sering menyebabkan radang sel atau merangsang ketumbuhan.

 

 

Kolagen dalam gamat sangat penting dan sering digunakan sebagai suplemen bagi meningkatkan kandungan kolagen asli di dalam badan dan menganjalkan kulit supaya menjadi awet muda. Hasilnya, kulit menjadi tegang dan licin.

 

Helaian rambut juga memerlukan kolagen untuk kekal sihat, beralun dan lebat. Kekurangnya kolagen pada rambut akan menyebabkan helaian rambut terbelah dan bercabang.

 

Oleh itu hasil ubatan gamat boleh diambil untuk dimakan/minum atau digunakan sebagai sapuan.

 

Menggunakan ubat-ubatan berasaskan gamat telah menjadi amalan nenek moyang kita sejak dulu, kerana ia bukan saja berkesan, tetapi juga selamat.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: