Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » ‘FROZEN SHOULDER’

‘FROZEN SHOULDER’

‘FROZEN SHOULDER’

 

 

‘Frozen shoulder’ adalah masalah pada bahu yang sakit dan susah digerakkan, menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad.

Ia biasa dialami oleh individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.

 

TANDA-TANDA

Pesakit mengalami kesakitan yang berterusan dan pergerakan bahu terhad. Keadaan ini akan menjadi teruk apabila ia dibiarkan.

Ia berlaku dalam tiga peringkat yang mengambil masa lebih kurang dua tahun secara keseluruhannya.

 

Peringkat pertama:

Pergerakan sendi bahu akan menyebabkan rasa sakit. Tetapi masih boleh digerakkan.

 

Peringkat kedua:

Pergerakan bahu menjadi lebih sukar dan terhad kerana sendi menjadi keras dan sakit.

 

Peringkat ketiga:

Pergerakan bahu beransur-ansur pulih dan rasa sakit semakin hilang.

 

PENYEBAB

‘Frozen shoulder’ berlaku apabila terdapat pembentukan tisu parut di sekitar bahu. Parut ini semakin tebal dan tegang seterusnya menghalang pergerakan bahu.

Kebanyakan pesakit yang mempunyai sejarah kecederaan atau terlalu kerap menggunakan sendi bahu. Ia dikatakan berkat
dengan penyakit diabetes.

 

RAWATAN

1. Pil penahan sakit (NSAIDs) seperti ibuprofen boleh mengurangkan keradangan dan kesakitan.

2. Pek hangat atau sejuk (hot pack or cold pack) berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dan melegakan bengkak pada bahu pesakit.

3. Terapi fisioterapi

Sama ada teknik mobilisasi sendi, senaman regangan otot, senaman menguatkan otot, rawatan elektroterapi, dan lain-lain.

4. Suntikan steroid bagi mengurangkan kesakitan dan kebengkakan.

5. Transcutaneous Electrical Neuromuscular Stimulation (TENS)
TENS merupakan sejenis mesin yang menghantar aliran elektrik dalam amaun yang kecil kepada pad atau elektrod yang dilekatkan pada kulit pesakit.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: