Folic acid 1 mg atau 5 mg?

FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL?

 folic acid 5mg

“Assalamualaikum doktor.  Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting  kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects.

 

Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk  https://drzubaidi.com/blog/?p=1038.

 

Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg)  atau 0.4 miligram (mg) setiap hari  kerana ia akan membantu kesburan dan mempersiapkan diri dengan kandungan folic acid dalam darah yang ckup sebagi saja berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum.

 

Dos ini harus diteruskan sehingga hamil pada usia kehamilan 12 minggu. Jika puan tidak mengambil vitamin asid folik sebelum hamil, saya mencadangkan agar segera mengambilnya sebaik sahaja puan mengetahui bahawa puan sedang hamil.

Namun ada beberapa kajian oleh pakar bahawa untuk wanita hamil, dos ini harus diambil sebanyak 1 000 mikrogram atau 1 mg.

 

Jika puan diberikan tablet yang mempunyai dos 1000 mikrogram ( 1mg) puan boleh membahagi dua tablet tersebut untuk diambil setiap hari . Puan juga boleh  mengambil satu tablet sehari.

 

Namun begitu ada beberapa keadaan di mana doctor mencadangkan pengambilan dos yang lebih tinggi sebanyak  5000 mikrogram ( 5mg) apabila wanita yang hamil itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah kecacatan saraf di awal kehamilan mereka sehingga berusia 12 minggu.

 

Wanita mempunyai risiko itu ialah wanita yang:

  1. Wanita atau suami mempunyai masalah kecacatan saraf  telah mempunyai kehamilan sebelumnya terjejas oleh kecacatan neural tube defects .
  2. Wanita atau suami mempunyai ibubapa atau adik beradik yang mempunyai masalah kecacatan  neural tube defects.
  3. Wanita yang mempunyai masalah diabetes mellitus.
  4. Wanita yang mengambil ubat  sebagai rawatan sawan (epilepsy).

 

Jika puan mengalami mana-mana risiko di atas, eloklah berjumpa doctor bagi membincangkan masalah puan dan doctor akan menasihatkan untuk mengambil dos yang lebih tinggi.

Jika puan tidak mempunyai risiko tersebut, dos sebanyak 0.4 – 1.0 mg sehari sudah mencukupi.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!