Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » FAKTA BERKAITAN MASALAH DARAH PEKAT

FAKTA BERKAITAN MASALAH DARAH PEKAT

FAKTA BERKAITAN MASALAH DARAH PEKAT

1. Darah pekat adalah satu keadaan dimana darah di dalam badan sangat mudah untuk membeku. Ia dikenali sebagai hypercoagulability.

2. Antara punca darah menjadi pekat adalah:

✅ Kanser terutamanya leukemia

✅ Polychythemia Vera dimana bilangan sel darah merah terlalu banyak

✅ Merokok

✅ Systemic lupus Erythematosus (SLE)

✅ Pil Perancang Kehamilan

✅ Penyakit yang mengganggu fungsi pembeku darah

✅ Duduk atau baring terlalu lama.

3. Seorang yang mempunyai darah pekat mempunyai risiko pembentukan darah beku pada kaki (dikenali sebagai Deep Vein Thrombosis). Kaki menjadi merah dan bengkak dan berasa sakit bila dipegang.

4. Dibimbangi, darah yang beli akan pecah dan sebahagian akan pergi ke paru-paru (dikenali sebagai Pulmonary Embolism), atau ke otak (menjadi stroke), atau saluran darah di jantung (menjadi serang sakit jantung).

5. Kepekatan darah didiagnosa dengan pemeriksaan darah.

✅ Full blood count untuk melihat bilangan sel darah merah dan bilangan platelet. Bilangan sel darah merah ataupun platelet ini tinggi, bermaksud pesakit mengalami masalah darah pekat.

✅ PT-INR yang tinggi menunjukkan pesakit mengalami darah yang pekat.

6. Ubat pencair diberikan kepada pesakit bagi mengelakkan pembekuan darah.

✅ Anti-platelet, contohnya aspirin

✅ Anti-coagulation, contohnya warfarin.

Semoga bermanfaat.

Perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: