Episiotomy semakin berkurangan

EPISIOTOMY SEMAKIN BERKURANGAN

episiotomy 3

“Salam doctor. Saya pelatih bidan dan merupakan seorang jururawat terlatih. Saya ingin bertanya benarkah prosedur episiotomy tidak lagi dilakukan secara rutin. Mohon penecerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Ya benar, keadah episotomy sudah tidak lagi dilakukan secara rutin, terutamanya di negara-negara maju seperti US dan Britain.

 

Kaedah episiotomi di Amerika Syarikat  telah semakin menurun dengan ketara sejak 7 tahun lalu, menurut satu kajian baru.

 

Satu episiotomi adalah luka pembedahanyang dilakukan dengan sengaja oleh bidan atau doctor yang menyambut kelahirkan bayi, pada kawasan otot di antara vagina (faraj) dan dubur (kawasan ini dipanggil perineum)  untuk membesarkan pembukaan faraj.

 

Luka ini dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dan untuk mengelakkan faraj dari terkoyak dengan lebih besar  sehingga ke bahagian dubur yang boleh menyebabkan masalah membuang air besar.

 

Walau bagaimana pun, banyak kajian sejak 10 tahun yang lalu telah menunjukkan bahawa  luka episiotomi tidak memberikan manfaat seperti yang diharapkan dan prosedur ini sebenarnya boleh menyebabkan kemudaratan.

 

Atas sebab ini, American Congress of Obstetricians and Gynecologists bersetuju bahawa prosedur yang tidak perlu dilakukan secara rutin. Ia haruslah dilakukan dalam kes-kes tertentu saja.

 

Dalam kajian yang melibatkan lebih daripada 2 juta wanita di lebih 500 buah hospital, mereka mendapati terdapat penurunan  daripada 17.3% kelahiran dengan episiotomi pada tahun 2006 kepada 11.6% pada tahun 2012, seperti mana yang dilaporkan oleh Dr Alexander M. Friedman, MD, dari Universiti Columbia di New York City.

 

Keseluruhan analisa ini, dari data 2261070 wanita yang melahirkan anak, hanya  325193 (14.4%) yang menjalani prosedur episiotomy.

 

Walaupun kebanyakan mereka tidak menjalani prosedur episiotomy, mereka selamat melahirkan anak yang sihat.

 

Penurunan episiotomi telah mula didokumentasikan dalam tahun 1990-an, dan penurunan yang ketara telah direkodkan pada tahun 2004, apabila hanya sebanyak satu perempat dari wanita yang telah menjalani episiotomi semasa bersalin.

 

Lalu pada tahun 2006 American Congress of Obstetricians and Gynecologists  telah mencadangkan agar procedure episiotomi secara rutin tidak dilakukan lagi kerana ia tidak memberikan manfaat seperti yang diharapkan, kecuali pada kes-kes tertentu.

 

Rujukan:

“Methods and consequences of changes in use of episiotomy”. Prof Tine Brink Henriksen,   Department of Gynaecology and Obstetrics, Aarhus University Hospital, Denmark.

BMJ Clinical Research (Impact Factor: 14.09). 12/1994; 309(6964):1255-8.

 

Wallahu a’lam.

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!