Epidural Analgesia Semasa Melahirkan Anak

Seorang rakan FB bertanyakan saya dan meminta saya memberikan pandangan terhadap kaedah “epidural” yang sedang popular digunakan, terutamanya di hospital swasta. Rakan FB ini agak keliru dan berasa ngeri apabila membayangkan suntikan jarum di tulang belakang.

Perkataan “epidural” biasa digunakan oleh doktor dan orang awam bagi merujuk kepada ‘epidural analgesia’, iaitu satu teknik memasukkan ubat bius yang  disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang epidural pada tulang belakang. Suntikan bius ini akan menyebabkan kehilang deria rasa (kebas) dan dapat menghilangkan rasa sakit, dengan menghalang pergerakan isyarat saraf pada saraf tunjang.

Jadi ia adalah teknik bius yang sesuai digunakan untuk menghilangkan rasa sakit ketika proses kelahiran  secara normal atau ketika pembedahan cesarean.

(rujuk: Am Fam Physician. 1998 Nov 15;58(8):1785-1792.)

Suntikan bius epidural analgesia secara amnya selamat dan sangat berkesan. Ia menghalang kesakitan ketika melahirkan apabila rahem yang mula mengecut dan secara perlahan-lahan pangkal rahem (cervix) mengembang bagi membuka ‘jalan’ bagi kelahiran bayi.

Ketika proses ini, impulse atau signal saraf yang memberitahu rasa sakit ini dikeluarkan dari rahem dan cervix, dan dihantar ke otak melalui saraf tunjang T10-L1. Apabila sampai di otak, seorang ibu yang sedang melahirkan bayi mula merasakan sakit.  Cuma otak tidak dapat mengenal punca kesakitan itu berasal dari rahem dan cervix, tetapi otak dapat ‘mengagak’ kesakitan itu berpunca dari kawasan pinggang (lower back) dan kawasan ‘ekor tulang’ (sacrum). Oleh itu kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan merujuk kesakitan mereka di kawasan tersebut. Kesakitan ini digambarkan sebagai kesakitan yang “luar biasa”, “sangat sakit” dan “mahu mati” oleh ibu-ibu yang pernah mengalaminya..

(rujuk: Brown  ST, Campbell  D, Kurtz  A.  Characteristics of labor pain at two stages of cervical dilation.  Pain.  1989;38:289–95)

Apabila kepala bayi mula memasuki ‘jalan’, kesakitan yang berlainan terasa apabila faraj dan vulva mula mengembang. Kesakitan ini disebut sebagai “kesakitan perineal” dihantar melalui saraf spinal S2-4. Ia lebih sakit sehingga kesakitan pada rahem dan cervix tidak terasa lagi.

Suntikan epidural selalunya diberikan apabila cervix telah dibuka 3cm. Ini bermakna proses kelahiran sedang berlaku dengan rasa sakit mula dirasai.

Kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang sedang melahirkan anak berbeza antara satu sama lain. Ada ibu yang merasa terlalu sakit dan ada ibu hanya merasakan “sedikit tidak selesa”. Oleh itu kita dengar kejadian para ibu yang hamil mulanya menyangka mereka mahu membuang air besar, rupanya telah melahirkan anak di tandas.

Walaubagaimanapun doktor dapat mengagak ibu hamil mana yang akan mengalami kesakitan teruk. Ibu-ibu ini harus diberikan pelali epidural analgesia bagi melegakan kesakitan itu.

Antara calon yang sesuai diberikan epidural analgesia ialah wanita yang pertama kali melahirkan anak, wanita hamil yang telah diberikan ‘induksi’ Pitocin untuk mempercepatkan kelahiran bayi,  wanita hamil yang masih muda dan tidak berpengalaman serta takut dengan rasa sakit dan wanita hamil yang sering mengalami sakit senggugut yang teruk ketika haids sebelum hamil.

(rujuk : Melzack  R, Taenzer  P, Feldman  P, Kinch  RA.  Labour is still painful after prepared childbirth training.  Can Med Assoc J.  1981;125:357–630)

Walaubagaimanapun ibu yang telah diberikan ‘induksi’ Pitocin akan mengalami kesakitan yang paling kuat. Selain dari memberikan epidural analgesia, kesakitan ketika melahirkan dapat dikurangkan jika ibu yang hamil menghadiri ‘kelas kelahiran’ dan melakukan ‘senaman aerobic ketika hamil’.

(rujuk: Melzack  R, Taenzer  P, Feldman  P, Kinch  RA.  Labour is still painful after prepared childbirth training.  Can Med Assoc J.  1981;125:357–63.)

Dalam satu kenyataan bersama antara American College of Obstetricians and Gynecologists dan American Society of Anesthesiologists mengatakan bahawa kesakitan ketika hamil adalah satu indicator yang menandakan bahawa seorang ibu memerlukan epidural analgesia. Oleh itu seorang doktor tidak seharusnya menafikan hak wanita hamil itu jika kemudahan teknik bius ini terdapat dalam hospital itu. Apatah lagi apabila seorang ibu bertanyakan (request) kepada doktor mengenai teknik bius ini. Berikanlah ihsan pada wanita ini yang mungkin tidak tahan dengan kesakitan yang bakal dialaminya ketika proses kelahiran.

Namun ada beberapa kumpulan wanita yang hamil tidak boleh diberikan epidural analgesia, antaranya ialah wanita hamil yang tidak mahu epidural analgesia, wanita hamil yang mengalami jangkitan di belakang sekitar tempat yang harus diberikan suntikan dan  wanita mempunyai sejarah pendarahan yang cair (coagulopathy).

Apa yang menjadi kerisauan ibu yang bakal menggunakan teknik ini ialah kesan jangka panjang. Komplikasi yang biasa berlaku bagi suntikan epidural ialah hypotension (iaitu tekanan darah systolic kurang <100 mm Hg) dan rasa sukar mahu membuang kencing (urinary retention). Selain itu komplikasi jangka masa yang panjang ialah sakit kepala.

Walaupun selamat dan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit, teknik epidural analgesia ini selalunya mnyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lebih panjang, kadangkala menyebabkan  proses kelahiran terpaksa menggunakan teknik pembedahn cesarean dan menyebabkan kos meningkat.

Oleh kerana kemudahan ini semakin popular, wanita yang hamil dan berhasrat untuk mendapatkannya haruslah berbincang dengan doktor yang merawat sebelum melahirkan lagi. Ini kerana kebaikan dan kemudaratannya haruslah diketahui oleh wanita yang ingin menggunakan teknik bius ini.

(rujuk: Birth. 1996 Jun;23(2):63-83. “Epidural analgesia in labor: an evaluation of risks and benefits”. Thorp JA, Breedlove G)

Wallahu a’lam.

 

Rujukan :

  1. Am Fam Physician. 1998 Nov 15;58(8):1785-1792.
  2. Brown  ST, Campbell  D, Kurtz  A.  Characteristics of labor pain at two stages of cervical dilation.  Pain.  1989;38:289–95
  3. Block BM, Liu SS, Rowlingson AJ, Cowan AR, Cowan JA, Wu CL (November 2003). “Efficacy of postoperative epidural analgesia: a meta-analysis”. JAMA 290 (18): 2455–63.
  4. Melzack  R, Taenzer  P, Feldman  P, Kinch  RA.  Labour is still painful after prepared childbirth training.  Can Med Assoc J.  1981;125:357–630.
  5. Melzack  R, Taenzer  P, Feldman  P, Kinch  RA.  Labour is still painful after prepared childbirth training.  Can Med Assoc J.  1981;125:357–63.
  6. Seyb ST, Berka RJ, Socol ML, Dooley SL (1999). “Risk of cesarean delivery with elective induction of labor at term in nulliparous women”. Obstet Gynecol 94 (4): 600–607.
  7. Birth. 1996 Jun;23(2):63-83. “Epidural analgesia in labor: an evaluation of risks and benefits”. Thorp JA, Breedlove G.
  8. Liu EHC, Sia ATH (2004). “Rates of caesarean section and instrumental vaginal delivery in nulliparous women after low concentration epidural infusions or opioid analgesia: systematic review”. BMJ 328 (7453): 1410–1415.
  9. Thorp JA, Breedlove G (June 1996). “Epidural analgesia in labor: an evaluation of risks and benefits”. Birth 23 (2): 63–83.
  10. Anim-Somuah, M.; Smyth, R. M.; Jones, L. (2011). “Epidural versus non-epidural or no analgesia in labour”. In Anim-Somuah, Millicent. Cochrane Database of Systematic Reviews.

5 comments

  1. isteri saya pernah guna epidural masa bersalin anak pertama..sekejap je sakit tu berkurang..tapi jarum nak cucuk tu agak besar..meremang bulu roma tengok..huhu

  2. Dr., bagaimana pula dgn wanita yg ada masalah tulang belakang seperti scoliosis? adakah boleh dia mengambil epidural?

  3. dulu masa 1st child,xde lgsg rasa takut utk bersalin.gamble jer pegi private masa dah buka 3cm.sakit pun tak lama.tp now tgh peknen 2nd child 6 bln,after 7 yrs rehat.rasa takut dan mula fikir pelbagai kemungkinan.dulu mgkin kurang mbaca.tp bila dah byk google,mcm2 artikel yg dibace,rasa takut la plak nk tempuh waktu bersalin 2nd time ni.kenapa ye doc?

  4. Ashikin Abdul Rahman

    salam doc..

    aaf nk bertanya dari segi hukum, sekiranya kita membuat pre plan utk normal givebirth..doktor di klinik swasta memberi cadangan supaya membuat pre plan dan mengambil epidural supaya proses bersalin lancar..tapi saya lebih gemarkan natural birth.

Leave a Reply

error: Content is protected !!