TIPS UNTUK LEBIH SIHAT : ELAKKAN KERAP MAKAN
Dulu kita diberitahu agar makan sekerap yang mungkin tetapi dalam jumlah yang sedikit. Tujuannya agar kita mendapat bekalan nutrisi dan gula yang tetap agar kita mempunyai kandungan gula boleh yang ditukarkan kepada kalori dengan serta merta.
Ia juga kononnya dapat mengekalkan tahap kandungan amino asid dan nitrogen yang mencukupi bagi mengelakkan kita mengalami catabolisme, iaitu tubuh menggunakan asid amino yang ada dalam otot sebagai sumber tenaga,
Tetapi sebenarnya itu tidak berlaku. Proses menukarkan otot (asid amino) kepada gula melalui proses glukoneogenesis yang mengambil asid amino sebagai sumber tenaga tidak berlaku dengan mudah. Ia sangat kompleks dan ia adalah jalan terakhir, Ia hanya berlaku apabila seseorang itu tidak makan langsung untuk beberapa minggu.
Kebanyakan tenaga yang diperolehi (ketika kita tidak makan), berasal dari glycogen (yang disimpan dalam otot dan hati) dan lemak yang disimpan pada sel-sel lemak (tisu adipose) di bawah kulit.
Penukaran dari glycogen dan lemak kepada tenaga berlaku dengan lebih mudah, berbanding menukarkan asid amino kepada tenaga. Ini kerana tujuan glycogen dan lemak disimpan adalah sebagai simpanan tenaga segera. Jadi ia mudah ditukarkan dari lemak ke tenaga jika diperlukan.
Sementara pembinaan otot (asid amino) bukan bertujuan untuk menyimpan tenaga. Ia dibina sebagai struktur asas tubuh. Jadi ia tidak mudah ditukarkan kepada tenaga.
Pada zaman dulu di negara sejuk, masyarakat di sana akan mengumpulkan dan menyimpan kayu api yang akan digunakan sebagai bahan pembakar bagi menghangatkan suhu dalam rumah.
Bila api semakin perlahan, mereka akan mengambil kayu api ini (yang disimpan) untuk dibakar. Ini kerana sememangnya kayu api ini disimpan untuk dibakar. Mereka tidak mengambil kayu dari perabut atau tiang rumah untuk dibakar. Kerana tujuan tiang rumah dan perabot dibina bukan untuk mendapatkan tenaga bahan api di rumah itu.
Begitu juga dengan tubuh kita. Kita akan menggunakan glycogen dan lemak yang disimpan untuk mendapatkan bekalan tenaga apabila kita tidak makan atau sedang berpuasa.
Untuk mengurangkan berat badan, mengekalkan tahap gula dan kolestrol dalam darah , mengekalkan tekanan darah, saya selalu menasihatkan pesakit saya agar mengurangkan kekerapan kita makan.
Kita harus menjarakkan masa makan kita antara 4-6 jam, dan yang terbaik ialah 14-16 jam (sepertimana kita berpuasa). Saya tidak bersetuju dengan konsep makan kerap tetapi sedikit.
Apatah lagi kita sebagai orang islam selalu diingatkan agar makan apabila betul-betul lapar dan berhenti makan ssebelum kekenyangan.
Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit kronik, dapatkan nasihat dari doktor jika mengambil ubat tertentu sebelum memulakan sebarang diet tertentu..
Untuk mengekalkan tenaga dalam tubuh dan mengurangkan rasa lapar, pastikan minum air secukupnya, makan banyak sayur-sayuran dan kurangkan refined carbo.
Untuk info lanjut tentang pemakanan, ikuti saya di facebook
Page FB DrZubaidiHjAhmad
#dietdrzubaidi