Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » Dusphaton dan Keguguran

Dusphaton dan Keguguran


 

“As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.”

 

 

Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan.

 

 

Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di

http://drzubaidi.com/blog/?p=1083.

 

 

 

Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan dan selalunya disebabkan oleh janin yang dikandung itu sendiri ’tidak berapa kuat’ secara genetiknya.

 

 

Ini bermakna jika janin itu membesar dan dilahirkan, berkemungkinan ia mengalami kecacatan fizikal atau masalah kesihatan dan tidak mampu bertahan lama.

 

 

Ada juga disebabkan oleh ibu yang hamil mengalami kekurangan hormon progestrone yang mana rahem tidak dapat menyediakan tempat yang optima bagi pembesaran janin.

 

 

Dalam bahasa yang mudah difahami, doktor akan memberitahu bahawa ’rahem mereka tidak kuat’

 

 

Oleh itu doktor memberikan pil Duphaston yang mengandungi bahan aktif ‘dydrogesterone’, iaitu hormon sintetik yang menyerupai progesterone.

 

 

Dusphaton bertanggungjawab untuk mengekalkan dan menyuburkan lapisan endometrium di dalam rahim, yang mana sangat penting dalam proses kehamilan.

 

 

Dalam kitaran haids yang biasa, jika telur ovum tidak disenyawakan dengan sperma, kandungan hormon progestrone dalam tubuh seorang wanita akan menurun dan menyebabkan lapisan endometrium ini luluh dan dikeluarkan sebagai darah haids.

 

Jika telur ovum disenyawakan oleh sperma dan melekat di dinding rahim, kandungan progesterone akan meningkat dalam rahem dan akan mengekalkan dan menyuburkan lapisan endometrium dalam rahim.

 

 

Ini akan mengekalkan kehamilan dan menghalang keguguran terutama di awal kehamilan. Tanpa hormone progestrone yang mencukupi, lapisan endometrium bersama janin akan luluh dan keluar dari rahem sebagai keguguran.

 

 

Oleh itu jika seorang wanita pernah mengalami pendarahan dan sakit perut, sedangkan pemeriksaan ultrasound menunjukkan bahawa janin masih berada di dalam rahim dan ujian UPT masih positif, selalunya doktor memberikan diagnosa “threatened abortion” iaitu kehamilan wanita di waktu itu mengalami ancaman untuk gugur.

 

 

Maka doktor akan memberikan pil dusphaton sebagai usaha membantu rahem mengekalkan lapisan endometrium agar kehamilan dapat dikekalkan.

 

 

Jika kehamilan masih tidak dapat dihalang, berkemungkinan keguguran ini disebabkan oleh masalah genetik yang dihadapi oleh janin itu sendiri.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!