Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Dos Panadol dan Paracetamol yang selamat

Dos Panadol dan Paracetamol yang selamat

panadol

 

“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Keracunan akibat pengambilan paracetamol atau panadol boleh menyebabkan kerosakan hati.

 

Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara  langsung.

 

Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas.

 

Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di  bahagian perut atau mengadu rasa loya saja.

 

Apabila kerosakan hati semakin teruk, pesakit akan berasa lemah dan kemungkinan akan pengsan akibat kandungan gula yang semakin rendah, darah semakin berasid, dan mudah berlaku pendarahan.

 

Jika pesakit dirawat dengan sempurna, keadaan pesakit akan bertambah baik. Pesakit yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.

 

Secara amnya dos yang dibenarkan bagi seorang individu dewasa adalah 4 gram sehari.

 

Kerosakan hati pasti berlaku akibat pengambilan paracetamol yang berlebihan boleh berlaku dengan dua cara.

 

Pertama apabila seseorang individu mengambil paracetamol sekali gus (sekali makan) melebihi 10 gram atau 200 mg/kg berat badan. (1)

 

Kedua apabila seorang individu itu mengambil paracetamol sebanyak 6 gram sehari untuk 3-4 hari. (2)

 

Pengambilan dos yang normal iaitu  1000mg paracetamol setiap  enam jam selama dua minggu boleh meninggikan enzim alanine transaminase. Peningkatan enzim ini menunjukkan bahawa hati sedang dalam bahaya dan dalam keadaan stress. Namun dos ini tidak menyebabkan kerosakan hati.(3)

 

Bagi kanak-kanak pula keracunan boleh berlaku jika dos yang diberikan melebihi 200 mg/kg berat badan.(4)

 

Keracunan tidak berlaku jika paracetamol diambil dalam dos yang dibenarkan. Ia hanya boleh pada berlaku pada individu yang sensitif kerana mempunyai   aktiviti enzim yang berbeza.

 

Wallahu a’lam

 

 

Rujukan:

  1. “Acetaminophen poisoning: an evidence-based consensus guideline for out-of-hospital management”. Clinical toxicology (Philadelphia, Pa.) 44 (1): 1–18.
  2. “Guidelines for the management of paracetamol poisoning in Australia and New Zealand—explanation and elaboration. A consensus statement from clinical toxicologists consulting to the Australasian poisons information centres”. The Medical journal of Australia 188 (5): 296–301.
  3. Watkins PB, Kaplowitz N, Slattery JT, et al. (July 2006). “Aminotransferase elevations in healthy adults receiving 4 grams of acetaminophen daily: a randomized controlled trial”. JAMA: the Journal of the American Medical Association 296 (1): 87–93.
  4. Tenenbein M (2004). “Acetaminophen: the 150 mg/kg myth”. Journal of toxicology. Clinical toxicology 42 (2): 145–8.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: